Khamis, 23 Disember 2010

Pengakhiran Penantian














Salam Perpisahan. Kesyukuran dipanjat kepada Empunya Alam. Alhamdulilah segala penantian selama satu semesta tercapai juga. walaupun lambat ia tetap berbaloi bagi diri ini asalkan kepuasan diri terlaksana. Pelbagai pengalaman  yang diperolehi  samaada baik mahupun buruk. Kadang-kadang ada juga hati ingin memberontak dan melawan tapi apa kan daya, tidak mampu untuk berbuat demikian.  Salah diri sendiri juga lalai dan leka dengan benda yang tidak berfaedah, sikap ambil mudah dan malas untuk berusaha sering dipanggil.

Hampir tiga minggu juga bertapa sendirian. Banyak suka duka semasa menyiapkannya tetapi di sebalik kesukaran ini banyak yang diperolehi seperti ber’uzlah ataupun mengasingkan diri untuk tidak melakukan maksiat dan dosa, tidak bercampur gaul, tidak mendengar maksiat, mulut sentiasa terkunci dan mata tidak melihat maksiat, kadang-kadang datang buat juga maksiat. Apa yang ingin dikongsikan adalah ilmu tentang  beruzlah ini datang semasa bersendirian yang sebelum ini tidak tahu menahu pun. Mungkin petunjuk Allah swt, Jadi lepas ini bolehlah praktikan ia. (Pengalaman penulis menyiapkan tesis).

Dalam kenangan belajar di UPSI 12/7/2007 hingga 24/12/2010. InsyaAllah ada peluang datang lagi.suka duka pahit manis ada belaka.

Kemahuan Tidak Dicapai



Salam Pengorbanan sahabat-sahabat. Tidak semua yang kita impikan akan kita perolehi kerana semuanya telah ditetapkan dan ditentukan oleh Maha Pencipta, soal maut, rezeki, jodoh dan kejayaan masa depan. Kita hanya boleh merancang tetapi yang menentukan  adalah Allah swt. Ingatlah sahabat-sahabat  jangan kita cepat untuk mengalah dan berputus asa, ada yang lebih baik menunggu kita,  kerana setiap kesulitan pasti ada kemudahan.

Yang penting kebergantugan dan keyakinan sepenuhnya kepada qodo dan qadar, jangan hanya percaya dan tahu tetapi pengharapan di atas ketentuanNya harus diutamakan. Walaupun sesuatu itu kita impi-impikan dan yakin menjadi hak kita belum tentu akan tercapai. SegalaNya milik mutlak Allah swt, dia yang mengatur dan menyusun setiap gerak geri hamba-hambanya.

Jika kita tidak dapat terima sesuatu perkara yang menjadi kemahuan kita, cuba ingat kembali nikmat yang telah diberi sebelum ini oleh Allah swt, tidak terhitung banyaknya itulah kasih sayang Allah swt kepada hambanya tetapi kita tidak pernah pun bersyukur melainkan jika kita betul-betul berjaya dan cemerlang.

Perbanyakkan kesyukuran kepada Allah swt walaupun kita berada dalam kedukaan mahupun kesusahan kerana setiap ujian harus menjadi anugerah kepada kita, itulah digambarkan sebagai keyakinan yang kukuh bersemayam dalam hati. Ambilah Hikmah Dari Setiap Kejadian. (Pengalaman penulis tidak dapat sesuatu yang dingini)

Isnin, 20 Disember 2010

Isu Bersama Umat Manusia
















Gaza dibedil lagi Ahad 19/12/2010. Penduduk di gaza sekarang berada dalam ketakutan dan kerisauan akibat tentera Israel terus mengganas dan membunuh lima  mujahid palestin (Shahid) dengan membuat serangan udara. Bertambah lagi penderitaan penduduk palestin terutama Gaza. Israel menjadikan pendudukan gaza sebagai sasaran bedilan semenjak dahulu lagi. 

Tetapi cuba kita lihat apakah peranan umat yang bergelar dirinya islam turut dalam membantu isu palestin ini, kita sekadar buat endah tak endah dalam mengambil peduli masalah saudara kita, sentiasa leka dan lalai dengan hiburan dan kegembiraan.Tidak memikir penderitaan mereka.

Mari sahabat-sahabat kita turut membantu dan menolong untuk mewujudkan taggungjawab pada diri untuk memerdekakan bumi Palestin, antaranya:

1.Berdoa kesejahteraan penduduk Palestin dan musnahkan Israel.
2.Membuat demontrasi membantah serangan Israel
3.Boikot barangan keluaran Israel dan sekutunya,



Kerja Yang Berpanjangan


















Salam Malaysia. kesabaran merupakan suatu sifat yang amat mulia, yang harus dimiliki oleh setiap makhluk-makhluk di atas muka bumi Allah swt ini. Kesabaran merupakan tonggak  utama untuk manusia menilai diri sendiri apabila menghadapi pelbagai  kerana manusia yang paling kuat di atas muka bumi ini adalah manusia yang paling banyak bersabar. Sifat kesabaran banyak dijelaskan dalam al-quran dan hadis-hadis antaranya.

Pujian Allah bagi orang-orang yang sabar: “dan orang-orang yang bersabar dalam kesulitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar imannya dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa.” (Al-Baqarah: 177)

Dari Abu Hurairah ra berkata, bahwa Rasulullah bersabda, “Orang yang kuat bukanlah yang pandai berlawan, namun orang yang kuat adalah orang yang memiliki jiwanya ketika marah.” (Bukhari)

Bukan Mudah untuk memiliki sifat kesabaran kerana sifat ini dimiliki oleh manusia-manusia terpilih sahaja. Jika dibandingkan dengan diri penulis jauh sekali perumpamaan seperti berlian dengan batu. Tiga minggu menghabiskan masa dengan tesis  seorang diri (teramat boring) sedangkan orang lain sudah pun bercuti dan bersenang lenang. Keadaan ini menuntut supaya penulis banyakkan bersabar kerana bagi mengawal perasaan hati untuk tidak memberontak  dan menyalah sesetengah pihak.

Dalam menghadapi tekanan sebegini memang banyak ujian yang timbul terutama berkaitan nafsu dan  syaitan biasalah apabila tinggal seorang diri dan berada di alam dewasa tekanan nafsu begitu kuat. Nafsu akan berperanan dan syaitan turut membantu untuk menjahanamkan dalam setiap waktu.( Mohon pertolongan Allah swt).

Tetapi penulis cuba untuk mencari dan mencari apa tujuan Allah swt memberi ujian sebegini, akhirnya sifat kesabaran harus dicari dengan berjihad melawan hawa nafsu dan syaitan, biarlah tidak dapat berjuang di luar (kedah) asalkan mendapat dan mengasah sifat kesabaran di sini.

Jumaat, 17 Disember 2010

Balasan Kepada HambaNya
















Salam kesabaran. Setiap perbuatan baik mahupun buruk ia tetap akan dibalas oleh Allah swt , bergantung kepadaNya bila  balasan itu akan diberi. Setiap balasan yang diberi  tidak dapat tidak kena harungi juga dengan hati yang redho dan ikhlas serta penuh pengharapan.

Walaupun sesuatu balasan  itu bertentangan dengan kehendak dan kemahuan  diri.  Meskipun menangis air mata darah sekalipun, keredhoan kepada kehendak Allah swt kena turuti sebagai orang yang benar-benar beriman kepadaNya.

Walaupun hati ini bergolak  dan menolak Ia harus terima hakikat sebenar, cuba fikir dan cari jalan  apa sebab balasan itu dikena dan  diberi. Ia sebenarnya selari dengan kehendak Allah swt yang mana mencipta atau menjadikan sesuatu itu dengan bertujuan dan penuh faedahnya  kerana Allah swt memiliki sifat Maha Mengetahui Dan Maha Bijaksana.

Carilah jalan penyelesaian jangan terlalu berprasangka negetif atas apa yang berlaku. (Pengalaman penulis menghadapi Ujian)

Sabtu, 11 Disember 2010

Pengisian Timbalan Ketua Pemuda















Salam Ukhuwah. Bersyukur kepada Allah swt kerana masih memberi kesempatan untuk menulis dan mengikuti kuliyah maghrib yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pemuda iaitu Ust Azman Shapawi bertembat di Masjid Ulu Bernam, Selangor. Walaupun kita seringkali melakukan kesilapan serta kesalahan akan tetapi masih diberi peluang oleh Allah swt untuk sentiasa mengubah diri kearah yang lebih baik inilah yang  dikatakan  sifat kasih sayang Allah swt kepada umatnya (semoga tergolong).
               
Antara pengisian yang disampaikan al-fadhil ust adalah banyak menyentuh tentang (Maal Hijrah) hijrah Rasulullah saw di awal pembabitan beliau dalam mengembangkan dan memperjuangkan  agama Allah swt iaitu islam. Detik-detik bertapaknya islam di Mekah bila mana sering mendapat ancaman dan gangguan oleh kafir kuryaish menawarkan tawaran pertama penukaran agama 2 tahun sekali,  tawaran kedua mengurniakan kekayaan, pangkat dan perempuan, tawaran ketiga meminta Rasullullah saw menjalankan kerja dakwah sebulan sekali sahaja dan tawaran yang terakhir ialah dengan menggunakan kekerasan. Maka dari sinilah penyeksaan kepada orang-orang islam termasuklah Rasulullah saw bermula.  

Di perkukuhkan lagi dengan fakta-fakta dan hadis-hadis sahih yang mana menceritakan bukan mudah untuk mengembangkan dan menyebarkan islam yang dilakukan oleh Rasulullah saw, tanpa sikap tergopoh gapah untuk menyebarkan islam,penuh dengan kesabaran dan bertolak ansur, langsung tiada sifat dengki dan iri hati, bijak untuk menyusun perangcangan dalam menjalankan dan mengerakan gerakan islam serta menunjukkan segala sifat peribadi yang mulia dan penuh hikmah kepada musuh. Inilah sifat semulajadi Rasulallah saw yang cukup hebat dan istiqomah tiada manusia dapat menandinginya sehinggakan ramai orang kafir memeluk agama islam dengan sifat yang ditunjukkan.

                Dijelaskan juga bagaimana dugaan yang diterima Rasulullah saw dan para sahabat serta ditambah pula dugaan yang diterima oleh umat terdahulu yang mana diseksa, dibunuh, dibelah kepala dengan gaji, ditanam hidup-hidup, tubuh badan disikat dengan sikat besi sehingga luruh daging-daging dan urat-urat dan berbagai-bagai lagi penyiksaan. Jika dibandingkan dengan kita sekarang masih jauh berbeza , kadang-kadang dugaan dengan pangkat, harta benda dan kekeluargaan pun tidak sanggup untuk kita hadapi sehinggakan sanggup mengadai agama asalkan dapur berasap.

                Ambillah dan terokailah segala sirah-sirah sejarah  Rasulullah saw dan nabi-nabi terdahulu kerana ia cukup bermakna dan sama apa yang telah terjadi pada masa lalu dengan masa sekarang. Dengan sejarahlah kita dapat memahami jerit perit perjuangan dan mencari pengalaman untuk mengembangkan semula agama islam pada masa kini. Matilah dengan islam tertegak daripada mati dengan mengorbankan islam.

Jumaat, 10 Disember 2010

Pengajian Pondok














Salam Perjuangan. Alhamdulilah kerana masih diberi kesempatan oleh Allah swt untuk menulis walaupun diri ini kekeringan banyak ilmu. Sedikit perkongsian untuk sahabat-sahabat,  yang mana apabila diberi kesempatan masa atau waktu oleh Allah swt maka gunalah ia dengan sebaik yang mungkin dan semaksimum yang boleh. Sekarang telah bermulanya musim cuti  untuk semua pelajar-pelajar sekolah, kolej dan ipt, jadi pelbagai program telah diaturkan dan direncanakan untuk semua pelajar-pelajar bagi mengelak pelajar membuang waktu cuti dengan perkara yang negetif.

Tetapi apa yang ingin difokuskan disini adalah berkaitan dengan pengajian pondok (kitab). Satu pengajian yang cukup-cukup bermakna dan terbaik untuk orang islam. Rebutlah peluang ini dan jangan bagi ia terlepas begitu sahaja.sementara ada kesempatan waktu ini, yang mana kudrat tenaga masih kuat, pemikiran ligat berfungsi  dan kekurangan kekangan-kekangan.

Ada sesetengah pelajar masih tertunggu-tunggu untuk mengikuti pengajian ini, menanti hari tua baru berkemahuan (lumrah kehidupan di Malaysia), jika dilihat pada masa akan datang belum tentu dapat menjamin untuk mengikuti pengajian disebabkan terlalu sibuk dengan hal-hal dunia seperti perkerjaan,kekeluarga, istirehat dan sebagianya lagi.

Banyak masa dihabiskan  dan tidak berkesempatan untuk  mengikuti pengajian pondok (kitab), tetapi apabila umur  sudah meningkat naik, kudrat tenaga sudah berkurang, kepuasan untuk mengejar  pangkat dan kekayaan sudah tiada, pemikiran untuk bertindak sudah pasif dan kehidupan alam kubur sudah menanti  baru terketar-ketar untuk untuk mengikuti pengajian. “Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian melainkan orang-orang beriman dan beramal soleh”(surah Al-Asr ayat 1-3)

Oleh itu, ingatlah sahabat-sahabat bahawa ilmu harus sentiasa dituntut walaupun dimana berada dan dalam masa yang ada kerana dengan ilmu dapat mendidik manusia mengenal dan menghargai kejadiannya dan matlamat diutuskan atas muka bumi.

Rabu, 8 Disember 2010

Kerungsingan Melampau

















Salam Maal Hijrah 1432, Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis. Sedikit perkongsian kepada sahabat-sahabat  dan untuk pengajaran bagi diri yang serba kekurangan ini. Bilamana kitasering kali dihimpit sesuatu perkara dan permasalahan tambah-tambah hal yang berkaitan dengan diri, kita sering kali leka dan lalai serta terus melupakan amalan-amalan sunat yang sering kita lakukan, yang mana  sebelum ini menjadi suatu perkara yang takut untuk kita tinggalkan tetapi apabila dihimpit sedikit kesusahan atau kerisauan kita terus ambil endah tidak endah sahaja. Apatah lagi jika ia perkara yang wajub. Inilah tahap keimanan dan ketaqwaan diri kita, nilailah ia sendiri sahabat-sahabat.

 Kita sering kali lupa dan terus terlupa amalan yang dilakukan selalu, sekiranya  sesuatu perkara itu belum selesai dengan sempurna,  kita sentiasa mendoakan penyelesaian masalah tetapi kebergantungan sebenar kepada Allah swt tidak sebenar-benarnya. Mendoakan penyelesaian dengan mudah atas usaha yang sedikit sangat, itu tidak adalah tidak betul sahabat-sahabat. Penyelesaian sesuatu masalah atau perkara perlu bersertakan usaha yang maksimum, doa khusyuk dan tawakal sepenuhnya bukan ‘sekadar melepaskan batuk ditangga’.

Kena kembali semula kepada tujuan dan objektif Allah swt menjadikan kita di atas muka bumi dan yang paling pasti tuntutan yang disuruh dan diperintahkan jangan dilupakan. Sekiranya sahabat-sahabat mempunyai amalan-amalan sunat atau rutin digalakkan supaya jangan dilupakan kerana amalan inilah yang membezakan kedudukan kita di syurga insyaallah. (tesis yang merungsingkan)

Rabu, 1 Disember 2010

Proses Membentuk Diri











Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi lebih baik. 

Jangan lupa bahawa dugaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk anda. 

Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. Anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan (akhirat).


.

Berkuliyah Bersama YB Baling

Salam Perjuangan. Bersyukur kehadrat ilahi kerana masih diberi kekuatan untuk menulis, dikesempatan ini juga ingin berkongsi sedikit pengisian yang sempat dihadiri pada ceramah umum Al-Fadhil Ust Taib Azamudin bekas iman besar masjid negara dan sekarang merangkap YB Baling, Kedah bertembat di Masjid Ulu Bernam, Selangor. Cukup terharu dan gembira dapat mendengar ceramah dari YB tempat sendiri.

         Antara pengisian beliau yang menjadi bahasannya adalah berkaitan dengan masalah keyakinan seseorang manusia yang turut menjelaskan bahawa ia turut berkaitan dengan kesatuan umat islam sekarang. Sambungnya lagi selagi mana hati seseorang itu masih terpaut selain dari Allah swt maka ia tidak dapat mencium keyakinan kerana keyakinan tidak boleh diganggu gugat oleh keraguan. Jika keraguan terbuku di dalam hati susahlah seseorang itu untuk yakin pada segala yang diperitahkan oleh Allah swt dan Rasullulah saw melalui Al-Quran dan hadis.Hal ini banyak terjadi pada umat manusia akhir zaman sekarang yang masih mempunyai keraguan untuk melaksanakan hukum Allah swt sebagai contoh menjalankan hukum Hudud.

       Sambungnya lagi, selagi mana hati dihinggapi oleh benda yang dibenci oleh Allah swt maka payah hatinya untuk dimasuki oleh Nur Ilahi. Tegasnya lagi, ilmu pengetahuan boleh diperolehi tetapi pengajaran daripada ilmu itu tidak akan dapat, tetapi yang penting bagi ilmu adalah pengajaranya. Kemuncak daripada ilmu ini adalah Nur Ilahi dari Allah swt. Sebagai contoh jika seseorang itu menghafal sebuah Al-Quran sekalipun belum tentu dia dapat mengetahui dan memahami segala kejadian disebaliknya, disebabkan Nur Ilahi tidak masuk dan  ini yang menjadi punca mengapa kita sering dipandang hina oleh orang kafir Laknatullah. 

       Oleh itu, marilah sahabat kita menjadi hamba Allah yang sebenar, dengan sentiasa mendekatkan diri dan istiqomah dalam  ibadah.(Segala yang ditulis mengikut kefahaman penulis).