Rabu, 17 Oktober 2012

Layu Iman Terkulai Amal




Salam Perjuangan. Alhamdulilah masih dibenarkan hidup dan mengecapi nikmat yang tiada tolak bandingnya dari Maha Mulia Allah swt. Hampir 3 bulan tidak mencoret apa2 di halaman blog, tiada kekuatan untuk meneruskan mungkin kekangan masalah iman yang semakin lama semakin menurun tidak naik2. Sedangkan  iman seseorang manusia itu akan mengalami turun dan naik mengikut kesungguhannya  beriman kepada Allah swt. Lemah bebenor imanku, pulihkan kembali wahai Allah swt.

"Iman itu boleh bertambah dan boleh berkurang, maka perbaharuilah imanmu dengan LAA ILAA ILLALLAH" (HR. Ibnu Islam). Iman kalau tidak dijaga dan dikawal akan senantisa menurun mengikut keadaan seseorang itu, kerap kali dia melakukan dosa imannya turut sama mengalami perubahan yang negetif. Jika dahulu imannya semangat membara tapi bila  kesibukan dunia terlampau banyak iman seseorang itu mudah tersungkur layu umpama perahu yang terhenti tanpa pengikat.

Kadang kala bila imannya kukuh datanglah ancaman bagaimana sekalipun seseorang itu dapat mengatasi dengan baik ditambah dengan kesyukuran kepada Allah swt dengan setinggi-tingginya akan tetapi bila mana imannya lemah dengan kerap kali melakukan dosa hatinya bertambah keras untuk mengawal imanya keadan ini sama sekali akan menjahanamkan imanya ke lembah kehinaan.

Ingat jika Allah swt ingin memberi kehinaan kepada hambanya tidak mustahil  bagiNya untuk menunaikan, sebagai contoh kebanyakkan dari manusia kalau dilihat sebelum ini bersungguh-sungguh untuk mengerjakan amal ibadah dengan menjaga waktu solatnya, sentiasa berpuasa sunat, bacaan al-quran dan mathuratnya tidak ditinggalkan, melafaz istighfar dan selawat tanpa mengira keadaan dan zikir2 harian sentiasa membasahi lidah serta amalan-amalan kebaikan yang lain.

Setelah Allah swt menghinanya seseorang itu akan terus ditinggalkan dan tanda2 kemanisan iman pada dirinya semakin lama semakin pudar dan terus berkarat, seseorang itu akan gembira melakukan dosa tanpa memikirkan keadaan iman dan amalannya.

Oleh itu, sementara Allah swt tidak meletakkan kita ke lembah kehinaannya berusahalah dengan bersungguh2 untuk menghasilkan iman yang baik dan berkualiti  kekal untuk menjamin seseorang itu terus mendapat kemuliaan dariNya. Kaedah untuk mengenal pasti kelemahan iman yang membolehkan seseorang itu ke lubuk dosa maksiat ialah ibadah yang tidak berkualiti, hati tidak khusyuk, berlebihan dalam perkara sia2, tidak suka menghadiri majlis ilmu dan mengalami kesedihan dan kegelisahan yang berpanjangan. 

Tiada ulasan:

Catat Komen