Sabtu, 11 Disember 2010

Pengisian Timbalan Ketua Pemuda















Salam Ukhuwah. Bersyukur kepada Allah swt kerana masih memberi kesempatan untuk menulis dan mengikuti kuliyah maghrib yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pemuda iaitu Ust Azman Shapawi bertembat di Masjid Ulu Bernam, Selangor. Walaupun kita seringkali melakukan kesilapan serta kesalahan akan tetapi masih diberi peluang oleh Allah swt untuk sentiasa mengubah diri kearah yang lebih baik inilah yang  dikatakan  sifat kasih sayang Allah swt kepada umatnya (semoga tergolong).
               
Antara pengisian yang disampaikan al-fadhil ust adalah banyak menyentuh tentang (Maal Hijrah) hijrah Rasulullah saw di awal pembabitan beliau dalam mengembangkan dan memperjuangkan  agama Allah swt iaitu islam. Detik-detik bertapaknya islam di Mekah bila mana sering mendapat ancaman dan gangguan oleh kafir kuryaish menawarkan tawaran pertama penukaran agama 2 tahun sekali,  tawaran kedua mengurniakan kekayaan, pangkat dan perempuan, tawaran ketiga meminta Rasullullah saw menjalankan kerja dakwah sebulan sekali sahaja dan tawaran yang terakhir ialah dengan menggunakan kekerasan. Maka dari sinilah penyeksaan kepada orang-orang islam termasuklah Rasulullah saw bermula.  

Di perkukuhkan lagi dengan fakta-fakta dan hadis-hadis sahih yang mana menceritakan bukan mudah untuk mengembangkan dan menyebarkan islam yang dilakukan oleh Rasulullah saw, tanpa sikap tergopoh gapah untuk menyebarkan islam,penuh dengan kesabaran dan bertolak ansur, langsung tiada sifat dengki dan iri hati, bijak untuk menyusun perangcangan dalam menjalankan dan mengerakan gerakan islam serta menunjukkan segala sifat peribadi yang mulia dan penuh hikmah kepada musuh. Inilah sifat semulajadi Rasulallah saw yang cukup hebat dan istiqomah tiada manusia dapat menandinginya sehinggakan ramai orang kafir memeluk agama islam dengan sifat yang ditunjukkan.

                Dijelaskan juga bagaimana dugaan yang diterima Rasulullah saw dan para sahabat serta ditambah pula dugaan yang diterima oleh umat terdahulu yang mana diseksa, dibunuh, dibelah kepala dengan gaji, ditanam hidup-hidup, tubuh badan disikat dengan sikat besi sehingga luruh daging-daging dan urat-urat dan berbagai-bagai lagi penyiksaan. Jika dibandingkan dengan kita sekarang masih jauh berbeza , kadang-kadang dugaan dengan pangkat, harta benda dan kekeluargaan pun tidak sanggup untuk kita hadapi sehinggakan sanggup mengadai agama asalkan dapur berasap.

                Ambillah dan terokailah segala sirah-sirah sejarah  Rasulullah saw dan nabi-nabi terdahulu kerana ia cukup bermakna dan sama apa yang telah terjadi pada masa lalu dengan masa sekarang. Dengan sejarahlah kita dapat memahami jerit perit perjuangan dan mencari pengalaman untuk mengembangkan semula agama islam pada masa kini. Matilah dengan islam tertegak daripada mati dengan mengorbankan islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan