Rabu, 1 Disember 2010

Berkuliyah Bersama YB Baling

Salam Perjuangan. Bersyukur kehadrat ilahi kerana masih diberi kekuatan untuk menulis, dikesempatan ini juga ingin berkongsi sedikit pengisian yang sempat dihadiri pada ceramah umum Al-Fadhil Ust Taib Azamudin bekas iman besar masjid negara dan sekarang merangkap YB Baling, Kedah bertembat di Masjid Ulu Bernam, Selangor. Cukup terharu dan gembira dapat mendengar ceramah dari YB tempat sendiri.

         Antara pengisian beliau yang menjadi bahasannya adalah berkaitan dengan masalah keyakinan seseorang manusia yang turut menjelaskan bahawa ia turut berkaitan dengan kesatuan umat islam sekarang. Sambungnya lagi selagi mana hati seseorang itu masih terpaut selain dari Allah swt maka ia tidak dapat mencium keyakinan kerana keyakinan tidak boleh diganggu gugat oleh keraguan. Jika keraguan terbuku di dalam hati susahlah seseorang itu untuk yakin pada segala yang diperitahkan oleh Allah swt dan Rasullulah saw melalui Al-Quran dan hadis.Hal ini banyak terjadi pada umat manusia akhir zaman sekarang yang masih mempunyai keraguan untuk melaksanakan hukum Allah swt sebagai contoh menjalankan hukum Hudud.

       Sambungnya lagi, selagi mana hati dihinggapi oleh benda yang dibenci oleh Allah swt maka payah hatinya untuk dimasuki oleh Nur Ilahi. Tegasnya lagi, ilmu pengetahuan boleh diperolehi tetapi pengajaran daripada ilmu itu tidak akan dapat, tetapi yang penting bagi ilmu adalah pengajaranya. Kemuncak daripada ilmu ini adalah Nur Ilahi dari Allah swt. Sebagai contoh jika seseorang itu menghafal sebuah Al-Quran sekalipun belum tentu dia dapat mengetahui dan memahami segala kejadian disebaliknya, disebabkan Nur Ilahi tidak masuk dan  ini yang menjadi punca mengapa kita sering dipandang hina oleh orang kafir Laknatullah. 

       Oleh itu, marilah sahabat kita menjadi hamba Allah yang sebenar, dengan sentiasa mendekatkan diri dan istiqomah dalam  ibadah.(Segala yang ditulis mengikut kefahaman penulis).




Tiada ulasan:

Catat Ulasan