Jumaat, 10 Disember 2010

Pengajian Pondok














Salam Perjuangan. Alhamdulilah kerana masih diberi kesempatan oleh Allah swt untuk menulis walaupun diri ini kekeringan banyak ilmu. Sedikit perkongsian untuk sahabat-sahabat,  yang mana apabila diberi kesempatan masa atau waktu oleh Allah swt maka gunalah ia dengan sebaik yang mungkin dan semaksimum yang boleh. Sekarang telah bermulanya musim cuti  untuk semua pelajar-pelajar sekolah, kolej dan ipt, jadi pelbagai program telah diaturkan dan direncanakan untuk semua pelajar-pelajar bagi mengelak pelajar membuang waktu cuti dengan perkara yang negetif.

Tetapi apa yang ingin difokuskan disini adalah berkaitan dengan pengajian pondok (kitab). Satu pengajian yang cukup-cukup bermakna dan terbaik untuk orang islam. Rebutlah peluang ini dan jangan bagi ia terlepas begitu sahaja.sementara ada kesempatan waktu ini, yang mana kudrat tenaga masih kuat, pemikiran ligat berfungsi  dan kekurangan kekangan-kekangan.

Ada sesetengah pelajar masih tertunggu-tunggu untuk mengikuti pengajian ini, menanti hari tua baru berkemahuan (lumrah kehidupan di Malaysia), jika dilihat pada masa akan datang belum tentu dapat menjamin untuk mengikuti pengajian disebabkan terlalu sibuk dengan hal-hal dunia seperti perkerjaan,kekeluarga, istirehat dan sebagianya lagi.

Banyak masa dihabiskan  dan tidak berkesempatan untuk  mengikuti pengajian pondok (kitab), tetapi apabila umur  sudah meningkat naik, kudrat tenaga sudah berkurang, kepuasan untuk mengejar  pangkat dan kekayaan sudah tiada, pemikiran untuk bertindak sudah pasif dan kehidupan alam kubur sudah menanti  baru terketar-ketar untuk untuk mengikuti pengajian. “Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian melainkan orang-orang beriman dan beramal soleh”(surah Al-Asr ayat 1-3)

Oleh itu, ingatlah sahabat-sahabat bahawa ilmu harus sentiasa dituntut walaupun dimana berada dan dalam masa yang ada kerana dengan ilmu dapat mendidik manusia mengenal dan menghargai kejadiannya dan matlamat diutuskan atas muka bumi.

1 ulasan:

  1. huhuuu jom lepas spm ni pi skolh pondok tpi kat ne????

    BalasPadam