Selasa, 20 September 2011

Merdekakan Hukum Allah SWT



Salam Kemerdekaan.Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Merdeka yang ke-54 kepada seluruh rakyat Malaysia, Pujian2 kepada Allah SWT kerana mengekalkan dan memberi kemerdekaan kepada Malaysia walaupun pemerintahnya  belum melaksanakan Undang2 yang dicipta olehNya. Tidak munasabahnya apabila manusia yang diciptaNya dan dikurniakan dengan pelbagai nikmat menolak dan menyindir akan Undang-undang yang telah termaktub di dalam Al-Quran dan Sunnah untuk diguna pakai serta ditadbir urus di dunia ini. Bayangkan perumpamaan apabila seorang anak yang dididik dengan penuh kasih sayang menderhakai ibu bapanya, sungguh hinanya. Undang2 Allah SWT ditolak  dan undang2 barat diambil dan dibuat secara berlebihan, jangan memandang kepada jenis hukuman tapi pandanglah pada kesan jangka panjang sesuatu hukuman itu.
Kebanyakkan manusia mengakui dan menyakini bahawa Allah SWT itu Maha Besar dan Maha Agung, menyakini mereka dicipta dan diurus oleh Allah SWT tetapi disebabkan cinta kepada dunia berlebihan dan takut akan kematian serta ugutan dan ancaman manusia bahawa ada manusia yang boleh mengucar kacirkan Negara. Manusia boleh berkata yang Allah SWT Maha Kaya tetapi tidak yakin langsung dan tidak endah akan hokum hakamNya. Keadaan ini menjadikan kebergantungan kepada Allah semakin hari semakin padam dan lenyap, kalau ada pun apabila mereka mengalami kesukaran dan permasalahan yang besar baru kembali bergantung harap pada Allah SWT.
Akan tetapi apabila seorang manusia itu sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu Allah SWT (Tauhid, Fekah dan Tasauf) serta mengamalkan ilmu tersebut dengan Istikomah dan bersungguh2, meneroka maklumat2 baru dari pelbagai sumber sebagai contoh maklumat dari internet, blogger2 dan pelbagai akhbar tempatan ataupun luar Negara. Hasil daripada maklumat dan keyakinan yang tinggi kepada Allah SWT permasalahan ini dapat diatasi. Segeralah berdoa agar diberi taufik dan hidayat agar pertambahan manusia di Malaysia menyokong undang2 islam terlaksana. Teringin untuk melihat Malaysia melaksanakan hukum Hudud, Qisas dan Takzir.

Semoga Ketemu Lagi














 

Salam Syawal. Alhamdulliah masih diberi kesempatan untuk membuat sedikit coretan walaupun sentiasa sibuk dengan pengejaran masa yang sering mahu mendahului. Bulan Ramadhan  2011/1453 baru sahaja meninggalkan kita dan kita telah kembali semula ke fitrah asal setelah sebulan menjalani ibadah puasa. Bagi pencinta2 ibadah pula bulan puasa telah meninggalkan impak yang mendalam terutama  peningkatan dari segi nilai ketaqwaan kepada Allah SWT, pengakhiran bulan ini merupakan suatu perkara yang paling susah untuk ditinggalkan dan amat menyedihkan  kerana terpaksa meninggalkan bulan yang penuh keberkatan dan  kenikmatan.
Bulan yang jauh berbeza dengan bulan2 yang lain yang mana setiap amalan yang dibuat dilipat kali ganda banyaknya. Sebab itu kalau dilihat pada pengakhiran bulan ini terutama disepuluh malam terakhir pencinta2 ibadah tidak senang duduk dan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mengejar seberapa banyak yang boleh pahala amalan. Kerinduan yang teramat sangat bulan Ramadhan membolehkan seseorang itu merasa betapa lazat dan manis imannya apabila berada dibulan yang penuh berkah ini. 
 Bagi mereka yang tidak mengambil kesempatan bulan yang penuh keberkatan ini alangkah ruginya dan tidak munasabah, sudah terhidang emas didepan mata tetapi perak yang diambil begitulah yang boleh diibaratkan. Semoga bulan Ramadhan tahun hadapan masih diberi kesempatan untuk bertemu dengannya dan berharap segala kesan yang ditinggalkan bulan Ramadhan ini membantu diri untuk terus istiqomah dan berpegang teguh dengan amalan2 yang member bekal di akhirat kelak. Rugi hambamu tidak bersungguh2 untuk mengumpulkan amalan2 berkualiti dan berkuantiti masih lemah dan perlu diperbaiki banyak lagi.

Selasa, 2 Ogos 2011

Bulan Ramadan Datang Lagi



Salam Perjuangan. Alhamdulilah masih diberi peluang untuk berada di bulan Ramadan, bulan yang penuh keberkatan dan sering ditunggu2 oleh para sang pencipta ibadah, ia juga dikenali sebagai pesta ibadah kepada mereka2 yang mengerti mengapa Allah SWT menjadikan bulan ini. Kita akan dapat lihat manusia akan berduyung2 ke tempat2 ibadah, waktu yang dahulu kosong terisi dengan perkara yang mendatangkan kebajikan, kurangnya omongan2 kosong dan tidak berfaedah, banyak kedengaran alunan2 zikir dan bacaan ayat suci Al-Quran dan banyak lagi amalan2 kebaikan ditonjolkan di bulan ini. 

Bulan ini juga di sebut dalam hadis Nabi Muhammad SAW sebagai pada awalnya keberkatan, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya pembebasan dari api neraka, di bulan ini juga syaitan2 laknatullah dirantai dan diikat oleh Allah SWT. Lihat betapa kasih sayangnya Allah SWT kepada hambanya untuk memudahkan hambanya terus mengabdikan diri kepadaNya. Rugi jika kita terlepas dan tidak mengambil peluang yang terbentang di hadapan.

     Pada bulan ini manusia DIWAJIBKAN berpuasa dan berdosa besar sekiranya meninggalkan tanpa keuzuran, Berpuasa bukan setakat menahan diri dari lapar dan dahaga malah semua pancaindera dan anggota badan harus turut bepuasa dengan meninggalkan segala perkara yang melalaikan dan maksiat yang melibatkan pancaindera dan anggota badan, sebagai contoh menonton Tb sekiranya diselitkan iklan yang mendedahkan aurat walaupun sedang menonton Jejak Rasul hilang pahala puasa, sebab ini dikatakan oleh Para Ulamak banyak manusia tidak dapat pahala puasa melainkan lapar dan dahaga.

Jesteru mari kita bertukus lumus untuk mengumpul kebajikan di bulan ramadhan ini kerana bulan ini merupakan bulan untuk melatih diri dan tarbiyyah hati supaya amal ibadah kita terus istiqomah pada bulan2 yang lain.



Tragedi Di Oslo, Norway



Salam Perjuangan. Peningkatan Agama Islam di dunia pada hari ini mungkin merupakan salah satu faktor untuk Islam kembali menguasai dan mentadbir dunia ini. Hasil peningkatan ini turut meresahkan agama-agama lain seperti Kristian, Yahudi, Hindu, Buddha dan lain-lain lagi. Ia turut menjadi igauan buruk kepada mubaligh-mubaligh apabila ramai daripada penganut2 mereka bertukar agama kepada agama yang suci iaitu Agama Islam, Agama Islam kini dilihat sebagai agama yang mengancam agama2 lain. 

Oleh sebab itu islam sering kali ditindas dan diancam. Selagi mana Agama Islam tertegak dibumi ini selagi itulah musuh2 islam akan sentiasa mencari jalan dan membuat perancangan untuk menjatuhkan hingga melenyapkan Agama Islam, akan tetapi lain pula sebaliknya Agama Islam terus berkembang dan berkembang terutama di Eropah yang terkenal dengan majoriti penduduknya menolak mentah2 agama Islam, antara Negara yang mengalami jumlah penduduknya menukar agama kepada agama Islam tertinggi ialah Rusia, Perancis, England, Denmark, Norway, Sweden dan banyak lagi. Hal ini kerana Islam merupakan agama yang teragung dan sempurna serta dikawal oleh Penciptanya iaitu Allah SWT, ini yang menyebabkan agama islam sentiasa berdiri teguh dan tidak dapat digugat, melainkan penganutnya yang lalai lagi sombong yang membuatkan ia tergugat. 

Berlarutan dengan peningkatan jumlah penganut islam di Eropah. Seorang Petani dikenali sebagai Anders Behring Breivik, 32 tahun, warga tempatan, freemasonry, aktivis berhaluan kanan, seorang conservative nationalist yang anti-immigrant, anti-muslim, anti-yahudi dan memperjuangkan negara satu bangsa yakni bangsa Norway atau bangsa Eropah, mengambil tindakan berani dengan mengebom Pejabat Kerajaan di Oslo,Ibu Negara Norway pada Jumaat 22 Julai 2011 yang memusnahkan bangunan2 Kerajaan serta mengorbankan banyak nyawa terutama golongan muda, susulan dengan itu juga dia dikatakan menyerang penduduk dengan menembak secara rambang di sebuah Pulau. setelah ditangkap dan dikenalpasti beliau mengatakan tugasnya telah selesai, hasil memorandum yang ditulisnya mendapati beliau tidak suka dan benci peningkatan jumlah penduduk islam di Eropah dan mahu memastikan agama Islam tidak harus ada. 

Banyak lagi kes2 yang sebegini terjadi di Eropah, kita sebagai penganut agama islam harus peka dan agresif untuk kembali menyemarakkan agama islam di dunia ini. Mencari jalan dan kaedah bagaimana untuk menarik orang yang bukan islam dan mempasakkan orang yang islam agar sentiasa berpegang teguh dengan Islam, agar Negara islam dapat diwujudkan di Malaysia.



Sabtu, 16 Julai 2011

Kembali Kepada Hakikat Sebenar Kejadian





Salam perjuangan sahabat2. Manusia kini semakin hari semakin jauh dengan tujuan asal mereka diutuskan di atas muka bumi Allah swt ini, mereka lebih rela diri mereka dipandu oleh syaitan laknatullah dan sering kali mengikut telunjuk hawa nafsu. Mereka membiarkan diri mereka bebas dan seronok dengan dunia yang mana dunia ini hanya bersifat sederhana. Firman Allah swt dalam surah Az-zariyat bermaksud ” tidak Aku ciptakan manusia dan jin melainkan untuk mengabdikan diri dan beribadah kepada aku” disini dapatlah kita faham bahawa tujuan utama manusia itu diutuskan ke atas dunia ini adalah untuk mengabdikan diri dan beribadah kepada Allah semata-mata dengan penuh keikhlasan dan keredoan. Sentiasa mengamalkan ibadah mengikut ketetapan-ketetapan yang telah ditetapkan syarak.

          Dalam ibadah terbahagi kepada 2 bahagian iaitu ibadah umum dan ibadah khusus, dalam ibadah umum seperti makan, minum, mencari rezeki, berkahwin dan lain-lain lagi. Sekiranya ibadah ini diniatkan kerana Allah swt ia akan memperoleh pahala sebagai contoh makan nasi untuk mendapatkan tenaga bagi mengerjakan ibadah dan sebaliknya.

           Manakala bagi ibadah khusus seperti sembahyang 5 waktu , puasa, zakat dan lain-lain lagi. Ibadah khusus ini merupakan ibadah yang wajib ditunai mengikut ketentuan yang ditetapkan syarak. Ibadah khusus terbahagi pula kepada 2 bahagian iaitu fardhu ain dan fardhu kifayah. Fardhu ain adalah wajib untuk dipelajari dan harus dituntut serta diperbuatkan bagi menghasilkan ibadah yang sempurna mengikut kaedah2 yang betul. Dapatlah difahamkan bahawa fardu ain adalah pekerjaan yang wajib dilakukan oleh setiap umat Islam dalam keadaan individu Muslim itu cukup syarat-syaratnya seperti berakal, baligh dan sebagainya. 
         Fardu kifayah ditafsirkan sebagai perbuatan yang wajib dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan anggota masyarakat Islam, tanpa melihat siapa yang mengerjakannya. Apabila telah dilakukan maka hilanglah tuntutan kewajiban itu terhadap orang lain. Tetapi apabila tidak ada seseorang pun yang melakukannya, maka semuanya berdosa, seperti mendirikan tempat beribadat, rumah sakit, solat jenazah, solat jemaah dan sebagainya.




 

Masih Ramai Tidak Tahu














Salam perjuangan. Seorang pegawai polis bertanya kepada seorang pemuda, kenapa kamu datang ke sini semata-mata untuk memperjuangkan bersama orang india? Ringkas pemuda itu menjawab saja, bukannya apa malas untuk bertikam lidah dan menghormati pekerjaannya. Dalam hatinya geram juga, apa tidaknya heboh satu Malaysia tentang perkara ini tetapi boleh pegawai tersebut gunakan hujah sebegini. Mungkin pegawai tersebut tidak mengetahui atau dia sendiri buat2 tidak tahu akan hal ini atau dia telah didik untuk tidak memahami kebenaran.

            Jadi timbul 2 persoalan difikiran pemuda tersebut, persoalan 1. Siapa yang bertanggungjawab untuk memahamkan pegawai atau masyarakat sekeliling, yang tidak tahu langsung tentang demontrasi ini dan apa agenda2 yang dibawa dalam demontrasi ini. Keadaan ini menuntut peranan semua pihak dan tanggungjawab setiap orang yang tahu atau faham untuk memberitahu masyarakat sekeliling tentang sesuatu perkara supaya tidak terjadi atau timbul masyarakat yang tidak tahu dan ambil peduli tentang perkembangan negaranya sendiri. Kita harus sentiasa mencari jalan dan kaedah bagaimana untuk menyampaikan sesuatu perkara kepada masyarakat, biarpun tidak berjaya tetapi ia tetap berbaloi kerana kita telah berusaha dan sebaliknya jika kita tidak berusaha untuk memberitahu kita dikategorikan sebagai pentingkan diri. 

             Dan persoalan 2. Mengapa masih ramai yang berjuang untuk bangsa tetapi tidak pada agama. Sekiranya bangsa lain mengusul idea atau pendapat yang baik apa tidaknya kita ambil, selagi mana ia tidak merugikan dan merosakkan akidah agama islam dan Negara. Dengan sikap sebegini kita dapat menarik bangsa lain untuk turut sama dalam agama islam. Mengapa kita tidak mengajak bangsa lain untuk turut sama dalam islam atau pemerintahan islam seta bekerjasama menuntut keadilan rakyat. Jika dilihat pada agama islam, bangsa tidak ditekankan kerana agama islam adalah agama yang menyeluruh tidak kira apa bangsa sekali pun islam tetap sama dan sempurna. ‘Nabi Muhammad mengatakan Aku tidak suka dan benci kepada siapa yang berjuang dan mati untuk bangsa tetapi bukan berjuang dan mati untuk agama’. Jadi dapatlah kita ambil kesimpulan dari kata2 Nabi Muhammad bahawa perjuangan untuk bangsa harus dilupuskan dan yang paling penting kita sama-sama tarik dan tunjukkan agama islam adalah agama yang terbaik dan sempurna dalam semua bidang.

Rentetan Himpunan Bersih 2.0


Salam perjuangan sahabat2. Peristiwa himpunan terbesar di Malaysia iaitu Perhimpunan Bersih 2.0 telah dan semakin tidak kedengaran lagi, sebelum terjadinya demontrasi ini, media2 sibuk memutar dan menyiarkan berita2 mengenai demontrasi ini ada yang memfitnah dan ada yang menggalakkan untuk orang ramai turun menutut sebuah pilihanraya yang adil dan bersih tanpa ada unsur-unsur penipuan. Demontrasi ini turut meresahkan pelbagai pihak terutama pihak Pentadbir Negara, kementerian dalam negeri terpaksa menggunakan beribu2 pihak keselamatan terutamanya pihak Polis bagi menghalang dan mengekang demontrasi ini. 

       Kata presiden perhimpunan bersih S. Ambiga bahawa perhimpunan ini bukan untuk menjatuhkan perdana menteri, bukan kepentingan sesebuah parti politik, bukan untuk mememecah belahkan masyarakat dan bukan kepentingan peribadi, perhimpunan ini semata-mata untuk menuntut hak bersuara rakyat dan hak untuk rakyat memastikan keadilan dalam pilihanraya.

       Tetapi perhimpunan ini terbantut dan tidak berjalan seperti yang dirancang, pihak keselamatan terlebih dahulu membuat perancangan menggagalkan perhimpunan ini. Lebih seribu empat ratus orang telah ditangkap dan dikenakan perintah tahanan sehingga selesai perhimpunan tersebut, mereka juga menggunakan bom pemedih mata dan air bagi menyuraikan perhimpunan tersebut. Dianggarkan lebih lima puluh ribu turun membanjiri Kuala Lumpur termasuklah kaum cina, india dan majoritinya kaum melayu. Ramai pimpinan–pimpinan telah ditangkap dan memorandum yang hendak disampaikan kepada Tuanku tidak dapat diserahkan, tetapi sekurang-kurangnya pihak Pentadbir tahu akan hasrat rakyatnya dan kesungguhan untuk menuntut keadilan.