Isnin, 9 November 2009

Sekadar Untuk Berkongsi

Salam sahabat semua.Jam tepat menujukkan waktu sudah pun 3 pagi sempat juga aku membaca blog2 para sahabat2 untuk mengisi kesibukan membaca buku dan menghilangkan tekanan dimusim peperiksaan. Kenapa waktu ini baru terdetik hati aku untuk mengungkap segala rintihan hati yang sering terbeban dengan masalah dan yang tidak pernah selesa dengan apa yang dikurniakan Ilahi, aku masih lagi di bayangi dengan keseronokan dunia hingga membuatkan aku terlupa tanggungjawab aku untuk terus mendaulatkanNya.

Walaupun berbagai kenikmatan dan kemewahan telah dikurniakanNya tetapi aku masih lagi tidak pernah rasa bersyukur, memang aku tidak berhati perut dan tidak mengenang budi. Padahal segala yang dikurniakannya kepada aku bukan untuk dibalas tetapi cuma meminta supaya aku terus berusaha menyembahnya dan mendaulatkanNya. Jika mahu dibandingkan dengan pemberianNya sememangnya sampai mati pun aku tidak akan terbalas, ya Allah ampunilah aku.aku hamba Mu yang angkuh dan sombong. Sedangkan segala yang ada di di dunia ini milik mutlakNya. Ya Allah aku tidak meragui keEsaan Mu tetapi mengapa aku masih belum dapat bersungguh2 dalam membuat amalan dan memperjuangkan agama Mu.

Pelbagai cobaan dan bala bencana telah Engkau turunkan diatas muka bumi sebagai bukti kemurkaan Mu kepada manusia yang begitu banyak mencabar dan menbelakangi segala yang diperintahkan walaupun telah terbukti segala yang diciptakan Mu adalah benar belaka dan tiada tolak bandingnya. Tetapi mengapa aku masih lena diulik keseronokan dunia sehingga sering kali lupa mengingati Mu. Sedangkan bala bencana dari Mu menyebabkan berjuta2 kematian dan kerosakan tetapi itu semua masih tidak pernah meginsafkan aku, mengapa ya Allah adakah iman aku masih jauh dan sudah tiada.

kadang2 ada juga niat dihatiku ingin menjadi orang yang beriman dan bertaqwa tapi itu semua palsu belaka, aku hanya menipu dengan diriku sendiri, jikalau diri ini boleh berkata2 mungkin ia akan sedih dan turut menangis dikurniakan jasad seperti aku yang seringkali leka dan lalai untuk terus mempertingkatkan amal ibadat dan memperjuangkan agama mu. aku lebih banyak menjadi hamba kepada hawa nafsu, syaitan, dunia dan wanita, berbanding menjadi hamba kepada mu ya Allah. sedangkan aku tahu perkara tu Cuma sia2 belaka dan memusnahkan segala amalan ku dan diri kerdil ini, Maafkan aku ya Allah, masaku juga banyak dihabiskan dengan angan2 kosong dan bualan yang tidak berfaedah, kadang2 melalaikan aku untuk membuat ibadah, aku juga hanya pandai bercakap dan menasihati orang tapi diri sendiri masih memerlukan nasihat. Berlagak pandai, riak dan angkuh. Siapalah sebenarnya aku ni untuk sombong. Ampunkan aku ya Allah.

Sudah pun diceritakan oleh Rasullah bahawa dunia ini hanyalah sementara akhirat yang kekal selamanya. Dunia ini ibarat hanya untuk persinggahan sebuah kapal yang belayar menuju akhirat, manusia hanya menjadi anak-anak kapal yang turun dari kapal menuju ke dunia untuk mengutip segala bekalan (amalan) untuk menuju ke akhirat, beruntunglah anak-anak kapal yang sempat mengutip bekalan (amalan) tetapi celakalah anak-anak kapal yang tidak sempat mengumpulkan bekalan(amalan). Diharapkan dengan luahan hati ini, dapat memperkukuhkan lagi diri ini untuk terus berusaha mempertingkatkan amalan dan meringankan segala yang terpendam di sanubari ini. Juga diharap dapat memberi keinsafan kepada pembaca dan mengutarakan komen yang membina.



Isnin, 19 Oktober 2009

Kepentingan Al-Quran



Dari Abu Umamah r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bacalah olehmu semua akan al-Quran itu, sebab al-Quran itu akan datang pada hari kiamat sebagai sesuatu yang dapat memberikan syafaat - yakni pertolongan - kepada orang-orang yang mempunyainya." (Riwayat Muslim)


Tanda Kebahagiaan Seseorang

1.Tidak kaseh kpd dunia (zuhud) dan cinta pd akhriat.
2.Sentiasa ingin beribadat dan membaca al quran.
3.Sedikit berkata mengenai hal yg tidak perlu.
4.Sentiasa memelihara solat 5 waktu.
5.Dermawan lagi pemurah.
6.Banyak mengingati mati.
7.Bersahabat dgn org yg baikx2.
8.Menjadi org yg bermanafaat bg makhluk.
9.Bersikap tawaduk ,tidak bersombong

Ciri-Ciri Mukmin Sejati

1.Hendaklah Ia Banyak Malu
2.Sedikit Berbicara
3.Bersikap Sabar
4.Belas Kasihan
5.Tidak Banyak Angan2
6.Tidak Banyak Tidur dan Lalai
7.Sentiasa Tenang
8.Tidak Suka Ngumpat dan Maki
9.Tidak Pendengki dan Kedekut
10.Selalu Bersyukur