Sabtu, 25 Jun 2011

Himpunan Untuk Apa










 


Salam Sahabat2. Sekarang ini heboh diradio, televisyen, surat khabar , bloger2 dan majalah2 sibuk mengutarakan dan mengeluarkan kenyataan  tentang Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada pada 9 Julai ini, yang menuntut pihak SPR mengadakan pilihan raya lebih adil dan telus pada PRU-13. Ada pihak yang menyokong dan ada pihak yang menentang malah ada pihak sanggup membuat ugutan dan laporan polis agar himpunan ini dibatalkan. Kalau dilihat Himpunan seperti ini tidak menyalahi undang-undang, sekiranya himpunan ini berlaku secara aman dan tenteram tanpa menimbulkan kekecohan dan pergaduhan serta tidak merosakkan harta benda awam.  

Himpunan ini dijalankan semata-mata untuk menuntut rasa ketidakpuasan hati rakyat kepada Pentadbiran Negara, rakyat berhak untuk menuntut dan menyuarakan hak-hak mereka. Kadang-kadang pihak pentadbir  mungkin tidak mengetahui atau perasan mengapa rakyat keluar bertindak sedemikian kerana pihak pentadbir tidak mengalami  dan mengetahui nasib rakyatnya , oleh itu pihak  pentadbir harus menerima dan  menilai apa yang menyebabkan rakyat bertindak untuk mengadakan himpunan. Sebagai contoh rakyat  Negara Mesir, Tunisia, Syria dan Negara Barat kebanyakkannya  mengadakan himpunan bagi menyuarakan rasa ketidakpuasan  mereka dan mereka berjaya memberitahu kepada Pihak Pentadbir akan keadaan mereka. Pentadbir Negara akan disanjung dan dihormati sekiranya, mereka menerima dan mendengar suara rakyatnya.

Mana Yang Kita Mahu

 








Salam Sahabat2. Perjuangan menegakkan agama islam adalah tuntutan dan kewajipan kepada semua penganutnya biar dalam keadaan lemah ataupun keadaan kuat, sakit ataupun sihat, tua ataupun muda, bergantung kepada keupayaan dan cabang perjuangan masing-masing asalkan matlamatnya selari dengan membantu menegakkan agama islam. Alangkah rugi dan malu, sekiranya kita tidak dapat menyumbang apa-apa untuk menegakkan agama islam. Siapa lagi yang mahu membela dan menjaga agama islam kalau bukan penganutnya sendiri, adakah kita sanggup melihat agama islam, Nabi dan Al-Quran kita dikutuk dan dipermainkan. 

Selama 23 tahun Nabi Muhammad berusaha memperjuangkan agama islam tanpa mengenal ancaman yang diterima, beliau turut dihina, dikutuk, dipulau, diugut dan hampir dibunuh.  Begitu juga pada zaman sahabat. Mereka sentiasa menghadapi penekanan dan kezaliman, tetapi selagi mana tuntutan dan amanah masih lagi tidak ditunaikan selagi itulah perjuangan untuk membangunkan syiar islam harus diteruskan. Biarpun seringkali ditindas (Gaza, Palestin) asalkan keredhoaan Allah swt sentiasa bersama dibandingkan dengan hidup aman (?) tetapi keredoaan Allah swt  tidak ada, yang mana kita perlukan? Ingat sahabat2 kita masih ada 2 alam lagi menanti iaitu alam barzah dan alam akhirat. Alam dunia ini hanya pinjaman dan sementara, alam dunia sebagai ujian betulkah keyakinan, kepercayaan dan kata2 mengaku keEsaan kepada Allah swt semata-mata.

Ayuh bangkit dan berusaha serta tanamkan niat untuk turut serta menjadi penyambung tugas yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammmad SAW, sahabat2 dan alim ulamak serta  perlu bercita-cita untuk membantu gerakan dan perjuangan islam yang kini banyak menghadapi penekanan dan penindasan disamping memperbaiki amal ibadah yang berkualiti dan meningkatkan kehadiran majlis pengajian ilmu.

Isnin, 6 Jun 2011

Coretan Dari Seberang
















Salam Sahabat-sahabat, geli hati kalau difikirkan. Wak seorang rakyat Indonesia yang berhijrah ke Malaysia (Baling, Kedah) untuk mencari rezeki sebagai seorang petani. hampir 21 tahun dia menetap di Malaysia. Pada suatu hari,  semasa  dia mengusahakan tanaman pokok cabai, pokok cabainya berkembang biak dengan baik dan mengeluarkan hasil yang banyak buat kali pertama. Keadaan itu mengundang ulat-ulat untuk datang  merosakkan tanamannya, nasib baik dia mengetahui hal tersebut kerana sudah menjadi rutin harian wak untuk memeriksa tanamannya itu agar sentiasa sihat dan mengeluarkan hasil yang berkualiti. 

Apabila dia mengetahui bahawa ulat datang merosakkan cabainya dia segera meminta sahabatnya man pergi membeli racun ulat bagi membunuh ulat tersebut, lalu tanpa berlengah man terus pergi membeli racun ulat tersebut. Sesampai di kedai Ah Chong, Man terus meminta kepada Ah Chong akan racun tersebut. Lalu man terus bergegas balik dan menyerahkan racun itu kepada wak , wak terus membancuh racun itu dan memulakan proses membunuh semua ulat-ulat itu. Setelah selesai wak membelik-belik pada kulit botol racun itu, Alangkah terkejutnya wak apabila mendapati bahawa racun tersebut bukan racun ulat tetapi ia adalah racun pokok cabai. Aduh!!!!!!!!!!!! kenapa bisa jadi begini, keluh wak. 

Keesok harinya semua pokok cabainya dan ulat-ulat semuanya  menjadi layu dan kering, selang beberapa hari semua tanamannya mati. Wak merasa amat sedih dan kecewa, lalu dia merajuk dan tidak mahu melihat tanamannya hampir sebulan. Tanpa disedari semua kelengkapan di projek tanamannya sudah tiada kerana telah diambil pencuri termasuklah cangkul, batang paip, baja dan tong Dram. Apabila wak datang semula ke kebun tanamannya sekali wak dikejutkan dengan kehilangan barang-barang kelengkapan untuk tanamannya. Aduh!!!!!!!!!!!!! Sekali lagi wak mengeluh. wak mengambil keputusan untuk berhenti dari mengusahakan cabai, dia beralih arah untuk menorah getah. 

Setelah mengenalpasti pokok dan tuan pokok yang akan ditoreh, Wak dengan bersemangat terus memulakan tugas barunya. setelah  tiga hari pokok getahnya ditoreh, dia bercita-cita untuk mengutip getah skrapnya pada keesokan hari.  Tiba pada esok hari dia mendapati semua skrapnya hilang kerana sudah dikutip oleh pencuri. Aik!! aku yang  toreh orang lain yang bisa kutip, kata wak. tetapi wak tidak kecewa dia terus menoreh lagi, perkara yang sama berulang lagi sekali lagi skrap wak dicuri. 

wak tidak pernah mengeluh dan sentiasa bersabar dengan apa yang menimba dirinya. wak seorang yang betul-betul yakin dengan qodo dan qodar Allah  SWT. Keyakinan dan kepercayaan yang tinggi  atas ketentuan yang Esa membuatkan segala pekerjaannya berjaya sehingga sekarang. Walaupun berada di negeri orang wak dapat hidup senang dan membina keluarganya sendiri dengan baik. Akidah yang kukuh dan kuat menjadikan seseorang itu dapat berdiri sendiri tanpa bantuan orang lain, dengan hanya mengharapakan pertolongan penuh dari yang Esa. Wahai orang-orang beriman yakin dan percayalah bahawa yang memberi bekas hanyalah Allah SWT, kita hanya harus berusaha dan terus berdoa.