Jumaat, 25 November 2011

Asiyah Yang Luar Biasa

                                                    

Salam perjuangan. Allamdulillah masih diberi peluang untuk terus bergerak dan menikmati nikmat hidup sebagai manusia dan hamba kepada yang Esa, bayangkan sekiranya ketika ini nyawa kita diambil Malaikat  Izroil dan tubuh badan kita terbujur kaku dengan bebanan dosa2 yang masih tidak sempat untuk kita bertaubat.

Tersentuh dan terkedu hati apabila mengenangkan Surah At-Tahrim ayat 11 beserta huraian tafsirnya yang disampaikan oleh ustaz Jamaluddin. Mengisahkan seorang muslimat yang memiliki kekuatan yang sangat luar biasa tentang keyakinan dan kepercayaannya untuk beriman dengan Allah SWT yang disampaikan oleh Nabi Musa as beliaulah Asiyah. Walaupun beliau isteri kepada Firaun, beliau tetap terus istiqomah dengan keimanannya dan berpegang teguh dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa as.

Sepanjang beliau menjadi isteri kepada Firaun, beliau tidak pernah disentuh oleh Firaun kerana syaitan sering berupa dan menyerupai wajahnya. Dalam menyembunyikan keimanan kepada Allah SWT, akhirnya Firaun mengetahui akan agama yang dianutinya iaitu agama islam. Tanpa belas kasihan beliau telah ditangkap, tangan serta kakinya dipaku dengan kayu yang tajam akan tetapi beliau tetap bersabar dan yakin dengan janji Allah SWT bahawa syurga merupakan tempat untuk orang2 yang beriman. Tidak cukup dengan itu dadanya diletak dengan batu pengisar gandum.

Disaat inilah beliau berdoa “Ya TuhanKu, bagunkanlah untukku sebuah rumah disisiMu dalam syurga dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim”. Dengan serta merta Allah SWT mengutuskan malaikat untuk membantu dan menampakkan sebuah rumah untuknya disyurga yang mana nikmat yang cukup hebat hinggakan sakit yang dialaminya bertukar menjadi keseronokkan disebabkan nikmat melihat Syurga Allah SWT. Akhirnay beliau meninggal dunia. Inilah dia muslimat yang hebat, diharapkan kisah ini membolehkan kita terus istiqomah untuk berpegang teguh dengan ajaran agama islam.

Hari Raya Korban










Salam perjuangan, Bersyukur kepada Allah SWT sebanyak2nya dan bersungguh2 dalam mensyukuri nikmatnya. Hari Raya Korban baru sahaja meninggalkan kita, biar pun ia meninggalkan kita pastikan tinggalannya meninggalkan kesan yang mendalam kepada kita. Antara perkara yang selalu dapat kita kaitkan semasa sambutannya ialah erti pengorbanan dan kesabaran yang harus ada pada seluruh umat islam.

Umat Islam dituntut untuk memiliki sikap pengorbanan dan kesabaran yang bersungguh2 dalam memperjuangkan agama islam, pegorbanan dan kesabaran yang bersungguh2 hingga tahap yang paling maksimum sangat ditekankan. Hasil kesungguhan yang tinggi akan mendapat pengiktirafan dan anugerah yang tidak disangka2. Cuba kita lihat dan ambik pengajaran daripada pengorbanan dan kesabaran Nabi Allah Ibrahim, yang mana sanggup meninggalkan isterinya siti Hajar dan anaknya Nabi Allah Ismail yang baru lahir ketika itu. Demi perintah dan suruhan Allah SWT beliau sanggup meninggalkan anak dan isterinya yang disayangi ditengah padang pasir yang kering kontang tanpa ada sebatang pohon pun.

Sanggup beliau lakukan dengan penuh keredhoan semata2 mahukan nilai taqwa dan membuktikan keyakinan kepada Tuan Empunya Dunia. Setelah beliau balik dari mekah ke palestin datang 2 orang malaikat untuk memberi khabar gembira kepada beliau dan isteri pertamanya siti sarah bahawa mereka akan mendapatkan zuriat, sedangkan siti sarah seorang yang mandul. Tidak mustahil bagi Allah SWT, maka lahirlah keturunan nabi Allah ishak. Dan tempat yang mananya dulu ditinggalkan siti hajar dan nabi Allah Ismail oleh nabi Allah Ibrahim telah menjadi tempat yang paling mulia dan paling suci untuk umat islam berhimpun bagi menunaikan rukun islam yang ke5 iaitu al makkahtul mukarramah, Arab Saudi. Jadi berusahalah bersungguh2 dan ikhlas dalam memperjuangkan agama islam dalam apa2 bentuk dan peringkat sekali pun.

Cuti 5 Minggu














Salam Perjuangan. Puji2 an bagi Allah SWT kerana masih diberi  kesempatan untuk mengemaskini blog, hampir  2 bulan terpaksa menberhentikan penulisan disebabkan halangan2 tertentu. Agak lucu dan sedikit kelakar yang mana diberi cuti hampir  2 bulan oleh doktor disebabkan satu kemalangan motosikal sedangkan diri tidak terikat dengan mana2 majikan, mungkin doctor mahu menghabiskan dakwat copnya.
Apa yang ingin dikongsikan dengan para pembaca adalah segala bentuk musibah dan kecelakaan yang menimpa adalah satu ujian kepada kita, yang mana Allah SWT ingin menguji dan melihat tahap mana keupayaan untuk menerima hakikat ketentuan yang  diberi Allah SWT. Bagi orang yang beriman yang percaya dengan Rukun Iman, kepercayaan dengan qodo  dan qodar  Allah SWT menjadi titik tolak kepada meredhokan segala pemberianNya. Jikalau dilihat kepada keupayaan seseorang itu untuk menerima hakikat sesuatu musibah yang diterima, adalah tidak berupaya dan  tidak mampu untuk menangkisnya melainkan dengan benar2 kita memahami erti keyakinan Qodo dan Qodar  Allah SWT.
 Pada sesetengah pendapat, musibah ataupun ujian yang diberi merupakan petanda bahawa Allah SWT mahu mendidik dan mengajar, menghapus dosa2 dan memberi amaran kepada hamba2 nya supaya sentiasa berpegang teguh dengan imannya. Apabila dilihat pada sudut positif seseorang itu menyangka bahawa Allah SWT menyayangi dan mengangkat darjatnya, akan tetapi jika dilihat pada sudut negetif seseorang itu tidak akan menyangka bahawa dia sedang diberi bala. Lebih elok segala musibah atau ujian ini dipandang pada sudut yang negetif kerana ia akan sentiasa mengingatkan seseorang itu untuk bertaubat dan menyangka Allah SWT murka padanya, lain pula jika dilihat pada sudut positif seseorang itu akan sentiasa bangga dan gembira kerana dia telah diberi ujian dengan menyangka tahap keimananya telah meningkat.
Akan tetapi ini semua bergantung pada kefahaman seseorang itu dan hakikat sebenar hanya Allah SWT yang mengetahui.