Jumaat, 24 September 2010

Kesilapan Yang Tersembunyi


Salam Perjuangan sahabat sekalian. Perkongsian yang ingin diceritakan kali ini benar-benar menginsafkan sy. Ingat? Janganlah kita mudah tertipu dengan diri sendiri yang mengatakan kita adalah manusia yang baik dan lengkap dengan Islam. Kita harus sentiasa beringat yang kehidupan ini sering dilalaikan dengan pelbagai pekerjaan sehinggakan perkara yang  harus sebagai khalifah sebenar dimuka bumi dibuat dan diikut ditinggalkan dibelakang tanpa di ambil peduli, Sebenarnya kebajikan-kebajikan  yang kecil ini akan menghasilkan kebajikan yang besar sama seperti dosa-dosa yang kecil akan turut menjadi besar.
                                                                         
            Hal ini yang banyak terjadi kepada diri kita dan sy sebagai contoh, (Kisah benar) terlambat untuk hadir ke masjid untuk mendengar khutbah Jumaat semata-mata pergi untuk menunaikan solat Jumaat sahaja Subhanallah, sedangkan tiada pun masalah yang rumit dihadapi memandangkan kemudahan yang sedia ada dan jarak ke masjid amatlah dekat.Mengapa ia sering terjadi. Akan tetapi dilalaikan dan dilupakan oleh pekerjaan dunia. Layakkah kita mengelar diri kita sebagai ummat nabi Muhammad SAW yang cinta dan kasih kepadanya, yang sering menangis mengingatinya tetapi terlupa mengikut segala suruhannya dan ajarannya. Kita perlulah meletakkan  target dan matlamat agar hal ini tidak berulang,harapan agar diampun segala kesalahan.

          Jadi mari sahabat-sahabat kita memuhasabahkan dan sentiasa membuat perubahan atas diri kita agar segala yang tercatat dalam Al-Quran, hadis dan Sunnah sentiasa diambil dan dikaji tanpa menolak sedikit pun. Ambek semua belaka lar.




Khamis, 23 September 2010

Asas Perjuangan Agama


Salam Perjuangan sahabat-sahabatku.Satu perkara yang saya dapat pada malam ini, yang mungkin dapat dikongsi dengan sahabat ialah sikap keyakinan diri yang tinggi harus ada pada  setiap manusia yang ingin berjaya. Sikap ini tidak datang secara sendiri tetapi harus dipupuk dan dibentuk dengan cara beransur-ansur dan kesungguhan yang mendalam. Bagi mereka yang mempunyai sikap ini ia adalah satu anugerah yang paling besar dan bermakna, bukan semua manusia boleh memiliki sikap ini ia adalah satu kenikmatan yang tiada tolak bandingnya. Mereka yang memiliki sikap ini haruslah berhati-hati dan gunakanlah ia pada tempat yang betul dan sesuai. 

        Kebanyakkan sikap keyakinan  diri ini dimiliki oleh manusia yang kebanyakkan berjiwa besar dan berani untuk mempertahankan haknya.Bukan mudah untuk kita memupuk dan membentuk sikap ini ia perlukan usaha yang berterusan dan istiqomah melakukan. Antara kaedah ataupun cara untuk menciptanya ialah jangan tinggal solat sunat tahajjud dan dhuha, sentiasa percaya pada diri sendiri, tambah maklumat melalui pembacaan yang banyak pelbagai ilmu, hendaklah malu pada tempatnya malu berbuat dosa jangan malu untuk menyuarakan pendapat atau bertanyakan soalan.

             Untuk menjadi seorang pejuang agama yang berwibawa dan berdedikasi sikap ini sememangnya harus ada. Sebagai umat islam kita harus percaya bahawa setiap yang berlaku adalah disebabkan ketentuan pencipta tetapi kita harus juga berusaha untuk mencapainya bukan hanya boleh berdiam diri, semua itu bergantung kepada diri kita juga.Jadi marilah sama kita bina dan teguhkan sikap ini agar sentiasa ada benteng pertahanan diri bagi menghadapi setiap usikan musuh. Muhasabah diri kita.  




Rabu, 22 September 2010

Kejayaan Menanti Dihadapan


Salam perjuangan, kenangan terindah ambik lessen kereta. Kadang-kadang jika kita gagal belum tentu kita akan terus gagal selamanya, sebenarnya itu adalah salah satu dari ujian penciptanya untuk menguji kesungguhan kepercayaan dan keyakinan ciptaannya kepada Nya. Benar kejayaan yang lebih besar akan menuggu dihadapan jika kita benar-benar berusaha dan yakin akan berjaya sehinggakan kita akan merasa kesyukuran melebihi segala-galanya Subhanallah, tetapi haruslah berbekalkan kepada usaha, doa dan tawakal kepadanya. jangan kita mudah berputus, kecewa maupun cepat marah ,semua itu adalah untuk kebaikan kita bagi menangkis sikap ego dan bangga yang sering menjadi penghalang untuk kita menjadi hamba yang tawaduk dengan nilai ketaqwaan yang tinggi. 

Ingatlah semakin tinggi atau meningkat naik nilai keimanan kita, semakin banyak ujian, dugaan dan cabaran menanti di kita semua ini adalah bagi mengekalkan dan meningkat keimanan dan seterusnya menghasilkan ketaqwaan untuk mencapai kenikmatan hidup yang selama-lamanya  (syurga).

Sikap ini harus ditangkis terus agar sikap rendah diri sentiasa ada bagi menghasilkan keikhlasan  semata-mata untuk Nya semasa menjalan kehidupan di atas muka bumi ini.kita harus ingat kehidupan dimuka bumi tidak akan kekal lama, kadang-kadang seseorang hamba itu tidak sempat untuk berada lama di muka bumi kerana kematian seseorang hamba itu tiada siapa pun yang dapat mengetahui melainkan Penciptanya.Kita haruslah sentiasa bersedia menghadapi mati.Renungkanlah            

     

Selasa, 21 September 2010

Sucikan Perjuangan Agama


Salam Perjuangan,  terdetik dihati untuk menyambung penulisan yang tidak seberapa ini tetapi berkeinginan tinggi untuk mencipta idea dan menjana pemikiran untuk  teruskan misi sebagai pendahwah melalui medan blogger. Medan ini juga dapat  menjadi sebagai tapak untuk  menggalakkan pengetahuan dan menambah pengalaman untuk terus menjadi pemikir kepada kelemahan diri dan masalah ummah. Sedikit perkongsian hasil usrah yang diikuti pada hari ini, memang menyeronokkan dan kepuasan dari mengikuti usrah ini walaupun kekangan masa dan waktu berehat sering kali menghimpit.

Dalam pengisian usrah ini pada permulaannya  banyak menjelaskan mengenai pentarbiyahan diri manusia yang semasa berada dalam bulan ramadan yang baru meninggalkan , adakah ramadan kali ini betul-betul melatih diri untuk lebih bertaqwa atau tidak, adakah nilai keimanan dan ketaqwaan semakin dekat dengan penciptanya atau semakin jauh.Ini semua bergantung kepada tahap kesungguhan dan keikhlasan dalam menjalankan ibadah semata-mata kerana mendapat keredoannya.kata rasulullah saw  barang siapa  yang tidak diampunkan dosanya semasa berada dalam bulan ramadan maka celakalah baginya.Renungkanlah sahabat.

Seterusnya pengisian diteruskan dengan tanggungjawab manusia untuk terus berjuang secara fizikal bagi memperkukuhkan tapak perjuangan walaupun dimana kita berada, kekangan-kekangan dari musuh dan masa yang sering kali memcemburui. Selain itu berjuang secara pemikiran juga harus dipertingkatkan  bagi menghasilkan pengkhususan yang sempurna untuk perancangan yang berstrategi. sebagai bakal seorang pendidik  kita jangan hanya melengkapkan keperluan dan kehendak negara tetapi kita harus melihat bagaimana untuk menjadikan negara mengikut kehendak agama islam .

 Kita harus menggerakkan sistem pendidikan agar selaras dengan kehendak agama islam bagi membantu melahirkan pewaris yang berakhlak dan berbudi pekerti mengikut acuan yang dikehendaki penciptanya. menjana pemikiran –pemikiran baru dan bercita-cita memurnikan kembali kursus asas pendidikan, kerana disebabkan kursus asas ini tidak dimurnikan berlandaskan sistem islam tidak mustahilah sekarang ini terjadi kes-kes jenayah yang begitu mengerikan dan menakutkan seperti pembunuhan beramai-ramai, penculikan kanak-kanak, penzinaan, pembuangan bayi dan rompakan bersenjata. puncanya yang utama adalah tidak menjalankan hukum-hukum yang ditetapkan al-quran dan hadis serta  asas sistem kurikulum  pendidikan di sekolah tidak mengikut kehendak yang betul, kerana bidang pendidkan inilah yang mula membentuk perwatakan dan akhlak seseorang manusia itu.Fikir-fikirkanlah.


Isnin, 20 September 2010

Perjuangan Harus Diteruskan

Salam sahabat-sahabat.Sudah Sekian lama tidak mengaktifkan blogger. Terlintas semula untuk meneruskan kembali penulisan di blogger, memandangkan medan ini merupakan salah satu medan untuk kita terus berdakwah tanpa memerlukan banyak tenaga,usaha dan kewangan. Cuma masa dan idea yang perlu digunakan dan diperuntukkan, keadaan ini yang membantutkan usaha untuk membuat penulisan di blogger.

         Gunakan medan ini dengan sebaik yang mungkin agar segala usaha untuk berdakwah akan terus berjaya dan mencapai segala kehendak Rasullah SAW untuk memastikan terus islam berkembang pesat selaras dengan pengembangan dunia global yang penuh dengan dugaan dan cabaran dari musuh-musuh islam yang mahukan agama islam terus lenyap. Jadi menjadi tanggungjawab kita untuk menjadi salah seorang pewaris atau penyambung kepada kebangkitan dan kemengan islam. Ingatlah sahabat-sahabat sekalian bahawa agama islam akan mencapai kemenangan semula yang lebih gemilang, pastikan diri kita tergolong dalam golongan yang sama-sama memastikan kemenangan agama Islam.Takbir.