Khamis, 25 Oktober 2012

Palestin, Syira Dan Myammar Teruskan BerJihad




Salam Perjuangan. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk mengucapkan syukur  kepada tuan empunya alam dan menikmati kehidupan dunia yang serba mencabar keimanan. Tanpa taufik dan inayahNya nescaya manusia itu akan terus terleka dibuai dengan kenikmatan dunia dan pengaruh Syaitan Laknatullah.

Kesempatan menyambut Hari Raya Aidil Adha 1433H kali ini cukup berbeza, apatah lagi beraya di perantauan sekali sekala teringat kampung halaman ketika terdengar laungan takbir raya berkumandang. Jika mahu dibandingkan dengan pengorbanan Nabi Ibrahim a.s untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s atas perintah Allah swt  amatlah jauh sekali, kisah inilah yang menjadi kesinambungan untuk menuntut semua orang islam yang berkemampuan untuk menjalankan ibadah korban sempena Aidil Adha.


















Pengorbanan yang dituntut oleh Allah swt ini akan dibalas kelak dengan syurgaNya dan yang pastinya usaha ini harus diiringi dengan keikhlasan serta ketaqwaan kepadaNya. Dalam kesibukkan orang islam menyambut Aidil Adha ,saudara2 seagama kita juga turut sibuk berperang dan berjuang menentang kezaliman antaranya yang berlaku ketika ini di Syria, Myammar dan Palestin. Saban hari mereka sering terbau dengan darah dan bangkai apabila ramai dikalangan mereka  yang dibunuh, ditembak, dibakar, disembelih, dirogol, dihalau, diseksa  dan pelbagai lagi bentuk kezaliman yang dikenakan keatas mereka oleh puak2 Kafir. Beribu2 orang islam dikhabarkan terbunuh dan kehilangan tempat tinggal dibumi sendiri.


















Ketika dulu mereka tidak merasai suasana saudara2 seagama berjuang di Palestin, Iraq, afganistan, Selatan Thailand dan Filipina. Tetapi sekarang mereka turut merasai keperitan dan pengorbanan pejuang2 islam untuk  mempertahankan Negara dan agama. Orang islam harus terus bersiap siaga untuk berjuang kerana bila2 masa musuh akan mengambil peluang menyerang, Malaysia pun tidak ketinggalan untuk diserang jadi persediaan harus dibuat bermula sekarang.  



Sedih hati bila terkenangkan keadaan saudara2 yang telah pergi, kanak2 dan kaum wanita khususnya menjadi mangsa serangan yang tidak berperi kemanusiaan. Pemimpin2  dunia terus mendiamkan diri tanpa memikirkan nasib yang akan terus menimpa rakyatnya, apa yang dikesali pemimpin2 islam terus tertunduk diam untuk tidak membela masa depan saudara seagamanya. ‘Ya Allah Selamatkan saudara2ku yang sedang berjuang Syria, Myammar dan Palestin’. Kami hanya mampu berdoa dan menyumbang derma yang terlalu sedikit, ingatlah biarpun bermandi darah dan keringat usaha saudara2 untuk mendaulatkan syiar islam akan dibayar diakhirat kelak. Bangkitlah wahai semua Pemuda islam tinggalkan maksiat tingkatkan taqwa.





Rabu, 17 Oktober 2012

Layu Iman Terkulai Amal




Salam Perjuangan. Alhamdulilah masih dibenarkan hidup dan mengecapi nikmat yang tiada tolak bandingnya dari Maha Mulia Allah swt. Hampir 3 bulan tidak mencoret apa2 di halaman blog, tiada kekuatan untuk meneruskan mungkin kekangan masalah iman yang semakin lama semakin menurun tidak naik2. Sedangkan  iman seseorang manusia itu akan mengalami turun dan naik mengikut kesungguhannya  beriman kepada Allah swt. Lemah bebenor imanku, pulihkan kembali wahai Allah swt.

"Iman itu boleh bertambah dan boleh berkurang, maka perbaharuilah imanmu dengan LAA ILAA ILLALLAH" (HR. Ibnu Islam). Iman kalau tidak dijaga dan dikawal akan senantisa menurun mengikut keadaan seseorang itu, kerap kali dia melakukan dosa imannya turut sama mengalami perubahan yang negetif. Jika dahulu imannya semangat membara tapi bila  kesibukan dunia terlampau banyak iman seseorang itu mudah tersungkur layu umpama perahu yang terhenti tanpa pengikat.

Kadang kala bila imannya kukuh datanglah ancaman bagaimana sekalipun seseorang itu dapat mengatasi dengan baik ditambah dengan kesyukuran kepada Allah swt dengan setinggi-tingginya akan tetapi bila mana imannya lemah dengan kerap kali melakukan dosa hatinya bertambah keras untuk mengawal imanya keadan ini sama sekali akan menjahanamkan imanya ke lembah kehinaan.

Ingat jika Allah swt ingin memberi kehinaan kepada hambanya tidak mustahil  bagiNya untuk menunaikan, sebagai contoh kebanyakkan dari manusia kalau dilihat sebelum ini bersungguh-sungguh untuk mengerjakan amal ibadah dengan menjaga waktu solatnya, sentiasa berpuasa sunat, bacaan al-quran dan mathuratnya tidak ditinggalkan, melafaz istighfar dan selawat tanpa mengira keadaan dan zikir2 harian sentiasa membasahi lidah serta amalan-amalan kebaikan yang lain.

Setelah Allah swt menghinanya seseorang itu akan terus ditinggalkan dan tanda2 kemanisan iman pada dirinya semakin lama semakin pudar dan terus berkarat, seseorang itu akan gembira melakukan dosa tanpa memikirkan keadaan iman dan amalannya.

Oleh itu, sementara Allah swt tidak meletakkan kita ke lembah kehinaannya berusahalah dengan bersungguh2 untuk menghasilkan iman yang baik dan berkualiti  kekal untuk menjamin seseorang itu terus mendapat kemuliaan dariNya. Kaedah untuk mengenal pasti kelemahan iman yang membolehkan seseorang itu ke lubuk dosa maksiat ialah ibadah yang tidak berkualiti, hati tidak khusyuk, berlebihan dalam perkara sia2, tidak suka menghadiri majlis ilmu dan mengalami kesedihan dan kegelisahan yang berpanjangan.