Khamis, 25 Oktober 2012

Palestin, Syira Dan Myammar Teruskan BerJihad




Salam Perjuangan. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk mengucapkan syukur  kepada tuan empunya alam dan menikmati kehidupan dunia yang serba mencabar keimanan. Tanpa taufik dan inayahNya nescaya manusia itu akan terus terleka dibuai dengan kenikmatan dunia dan pengaruh Syaitan Laknatullah.

Kesempatan menyambut Hari Raya Aidil Adha 1433H kali ini cukup berbeza, apatah lagi beraya di perantauan sekali sekala teringat kampung halaman ketika terdengar laungan takbir raya berkumandang. Jika mahu dibandingkan dengan pengorbanan Nabi Ibrahim a.s untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s atas perintah Allah swt  amatlah jauh sekali, kisah inilah yang menjadi kesinambungan untuk menuntut semua orang islam yang berkemampuan untuk menjalankan ibadah korban sempena Aidil Adha.


















Pengorbanan yang dituntut oleh Allah swt ini akan dibalas kelak dengan syurgaNya dan yang pastinya usaha ini harus diiringi dengan keikhlasan serta ketaqwaan kepadaNya. Dalam kesibukkan orang islam menyambut Aidil Adha ,saudara2 seagama kita juga turut sibuk berperang dan berjuang menentang kezaliman antaranya yang berlaku ketika ini di Syria, Myammar dan Palestin. Saban hari mereka sering terbau dengan darah dan bangkai apabila ramai dikalangan mereka  yang dibunuh, ditembak, dibakar, disembelih, dirogol, dihalau, diseksa  dan pelbagai lagi bentuk kezaliman yang dikenakan keatas mereka oleh puak2 Kafir. Beribu2 orang islam dikhabarkan terbunuh dan kehilangan tempat tinggal dibumi sendiri.


















Ketika dulu mereka tidak merasai suasana saudara2 seagama berjuang di Palestin, Iraq, afganistan, Selatan Thailand dan Filipina. Tetapi sekarang mereka turut merasai keperitan dan pengorbanan pejuang2 islam untuk  mempertahankan Negara dan agama. Orang islam harus terus bersiap siaga untuk berjuang kerana bila2 masa musuh akan mengambil peluang menyerang, Malaysia pun tidak ketinggalan untuk diserang jadi persediaan harus dibuat bermula sekarang.  



Sedih hati bila terkenangkan keadaan saudara2 yang telah pergi, kanak2 dan kaum wanita khususnya menjadi mangsa serangan yang tidak berperi kemanusiaan. Pemimpin2  dunia terus mendiamkan diri tanpa memikirkan nasib yang akan terus menimpa rakyatnya, apa yang dikesali pemimpin2 islam terus tertunduk diam untuk tidak membela masa depan saudara seagamanya. ‘Ya Allah Selamatkan saudara2ku yang sedang berjuang Syria, Myammar dan Palestin’. Kami hanya mampu berdoa dan menyumbang derma yang terlalu sedikit, ingatlah biarpun bermandi darah dan keringat usaha saudara2 untuk mendaulatkan syiar islam akan dibayar diakhirat kelak. Bangkitlah wahai semua Pemuda islam tinggalkan maksiat tingkatkan taqwa.





Rabu, 17 Oktober 2012

Layu Iman Terkulai Amal




Salam Perjuangan. Alhamdulilah masih dibenarkan hidup dan mengecapi nikmat yang tiada tolak bandingnya dari Maha Mulia Allah swt. Hampir 3 bulan tidak mencoret apa2 di halaman blog, tiada kekuatan untuk meneruskan mungkin kekangan masalah iman yang semakin lama semakin menurun tidak naik2. Sedangkan  iman seseorang manusia itu akan mengalami turun dan naik mengikut kesungguhannya  beriman kepada Allah swt. Lemah bebenor imanku, pulihkan kembali wahai Allah swt.

"Iman itu boleh bertambah dan boleh berkurang, maka perbaharuilah imanmu dengan LAA ILAA ILLALLAH" (HR. Ibnu Islam). Iman kalau tidak dijaga dan dikawal akan senantisa menurun mengikut keadaan seseorang itu, kerap kali dia melakukan dosa imannya turut sama mengalami perubahan yang negetif. Jika dahulu imannya semangat membara tapi bila  kesibukan dunia terlampau banyak iman seseorang itu mudah tersungkur layu umpama perahu yang terhenti tanpa pengikat.

Kadang kala bila imannya kukuh datanglah ancaman bagaimana sekalipun seseorang itu dapat mengatasi dengan baik ditambah dengan kesyukuran kepada Allah swt dengan setinggi-tingginya akan tetapi bila mana imannya lemah dengan kerap kali melakukan dosa hatinya bertambah keras untuk mengawal imanya keadan ini sama sekali akan menjahanamkan imanya ke lembah kehinaan.

Ingat jika Allah swt ingin memberi kehinaan kepada hambanya tidak mustahil  bagiNya untuk menunaikan, sebagai contoh kebanyakkan dari manusia kalau dilihat sebelum ini bersungguh-sungguh untuk mengerjakan amal ibadah dengan menjaga waktu solatnya, sentiasa berpuasa sunat, bacaan al-quran dan mathuratnya tidak ditinggalkan, melafaz istighfar dan selawat tanpa mengira keadaan dan zikir2 harian sentiasa membasahi lidah serta amalan-amalan kebaikan yang lain.

Setelah Allah swt menghinanya seseorang itu akan terus ditinggalkan dan tanda2 kemanisan iman pada dirinya semakin lama semakin pudar dan terus berkarat, seseorang itu akan gembira melakukan dosa tanpa memikirkan keadaan iman dan amalannya.

Oleh itu, sementara Allah swt tidak meletakkan kita ke lembah kehinaannya berusahalah dengan bersungguh2 untuk menghasilkan iman yang baik dan berkualiti  kekal untuk menjamin seseorang itu terus mendapat kemuliaan dariNya. Kaedah untuk mengenal pasti kelemahan iman yang membolehkan seseorang itu ke lubuk dosa maksiat ialah ibadah yang tidak berkualiti, hati tidak khusyuk, berlebihan dalam perkara sia2, tidak suka menghadiri majlis ilmu dan mengalami kesedihan dan kegelisahan yang berpanjangan. 

Khamis, 9 Ogos 2012

Mencari Malam 1000 Bulan



Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.  Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut); Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” (Surah al Qadar . Ayat : 1 – 5) 


Malam yang dikenali sebagai “Lailatul Qadar” adalah merupakan malam terbaik bahkan malam yang paling mulia disediakan oleh Allah ‘semalam dalam tempoh setahun’ .

Sabda Rasulullah SAW:
“Dan barangsiapa yang mendirikan (ibadah) pada malam lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan penghayatan (mengharapkan redha Allah) nescaya diampunkan baginya segala dosa-dosanya yang telah lalu.” (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Al-Imam an Nawawi rhm menyebut, “Lailatul Qadar adalah seafdhal-afdhal malam di dalam setahun. Barangsiapa yang mengadakan ibadah (qiamullail) pada malam Lailatul Qadar sekalipun ia tidak diberi taufiq untuk menyaksikan alamat-alamat Lailatul Qadar, nescaya ia dibalas dengan balasan yang tersebut.”

Rebutlah Peluang Taqarrub ini. 


Setiap individu muslim yang menyertai Madrasah atau University of Ramadhan ini , sangat dituntut untuk mencari dan mendapatkan kelebihan Lailatul Qadar ini . Ia menjadi sunnah nabi kita Muhammad SAW dan juga menjadi amalan dan rebutan para salafussoleh untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Rasulullah saw pernah bersabda:


“Daripada A’isyah RA berkata : Adalah Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada sepuluh akhir Ramadhan dan Baginda SAW bersabda; Rebutlah bersungguh-sungguh peluang untuk mendapatkan Lailatul Qadar pada malam-malam sepuluh akhir Ramadhan.”  (Riwayat Imam Bukhari)


Rasulullah SAW melipat ganda amalan atau ibadah untuk menghampirkan diri kepada Allah SWT pada 10 malam akhir bulan Ramadhan. Hal ini dapat dilihat dalam satu hadis yang diriwayat dari A’isyah RA

“Dari A’isyah RA berkata: adalah Nabi SAW apabila memasuki 10 akhir Ramadhan, Baginda bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah dan menghidupkan malamnya dan menggerakkan anak isterinya (agar bangun beribadah)”.(Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Taqarrub sebagai Jambatan Nusrah

Golongan yang hampir dan dikasihi Allah SWT sepantasnya layak menerima pertolongan dan kemenangan dalam perjuangannya untuk menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini. Tentunya kita sangat memerlukan pertolongan dan kemenangan tersebut kala dunia kini gersang dari rahmat Ilahi.

Tidak mudah untuk merentasi medan yang penuh cabaran dan rintangan ini melainkan pejuang yang diperkayakan dengan taufiq dan nusrah Ilahi , namun untuk mendapatkan taufiq dan nusrah malah anugerah syurga itu pula hanya terbuka kepada mereka yang hampirkan diri kepada Allah SWT .

“Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang Yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - Yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak) Mereka itulah orang-orang Yang dihampirkan (di sisi Allah) , (tinggal menetap) di dalam syurga-syurga yang penuh nikmat.” (Surah al-Waaqia’h : Ayat : 10 – 12)

Ahad, 22 Julai 2012

Puasa Membina Taqwa


Salam sahabat2, semoga sentiasa berada dalam rahmatNya dan inayahNya. Terasa singkat sangat masa berlalu. PeJam celik Bulan Ramadan ketemu lagi rasanya baru sangat Bulan Ramadan yang lepas meninggalkan kita. Biasalah dunia akhir zaman semua perkara menjadi amat cepat,  yang pastinya kita harus sentiasa bersedia untuk kehidupan selepas mati nanti. Alhamdulilah kali ini Allah swt memberi lagi peluang untuk berada dalam bulan Ramadan. Apa yang  pentingnya ibadah untuk Ramadan kali ini harus lebih baik daripada ibadah Ramadan yang sebelum ini. 

Penghasilan ibadah yang berkualiti harus dititik beratkan bukan hanya sekadar memenuhi syarat dan kehendak dalam beribadah kepada Allah swt, kita yakin bahawa pada awalnya bulan Ramadan adalah kerahmatan pertengahannya adalah pengampunan dan pengakhirannya adalah pembebasan dari api neraka. Akan tetapi cuba lihat dan nilai sendiri adakah amal ibadah kita memenuhi dan setaraf dengan ketiga2 pengurniaan Allah swt untuk hambaNya.

Puasa merupakan medan tarbiyyah untuk kita melatih dan mendisiplinkan diri untuk terus bertaqwa kepada Allah swt bukan hanya di bulan Ramadan tetapi pada bulan2 yang lainnya.Mereka yang berjaya mengharungi latihan pada bulan Ramadan tidak akan bermasalah untuk meneruskan kehidupan pada masa akan datang kerana semasa berada di medan tarbiyyah Ramadan mereka berjaya mendidik diri untuk membina ketaqwaan kepada PenciptaNya.

Berlatih untuk patut perintah Allah swt yang sunat di samping yang wajib. Islam perintahkan umatnya sahur pada waktu akhir, berbuka puasa diawalkan waktunya, membaca al-Quran dan berzikir. Allah juga perintahkan solat Tarawih sebanyak mungkin. Kalau semua perintah Allah swt ini dapat dipatuhi umat islam secara  istiqamah sehingga akhir Ramadan, pasti mereka akan beroleh sebahagian rasa taqwa.

Berlatihlah untuk meninggalkan larangan Allah swt yang makruh apatah lagi yang haram. Oleh sebab itu janganlah makan sahur pada awal malam tetapi bangun pada akhir malam sehingga masuk Subuh. Janganlah melambatkan berbuka puasa dan makan dalam jumlah yang sederhana.

Dalam tempoh berpuasa itu setiap umat Islam diminta supaya bercakap dengan baik, membaca al-Quran, tidak bercakap sia-sia apatah lagi mengumpat dan membuat fitnah. Bayangkan kalau selama sebulan kita boleh menjaga lidah ke arah kebaikan, apakah mungkin masih ada lagi dosa lidah. Percayalah mereka yang boleh mempertahankan sikap itu sudah pasti layak beroleh taqwa.


Rabu, 6 Jun 2012

Malu Dengan Diri Ini



Salam sahabat2. Alhamdulilah masih diberi kesempatan untuk menghuni bumi Allah swt yang serba indah dan hebat ini. Peluang yang diberi ini harus digunakan dengan sebaik mungkin dan pastikan kerja buat yang dilakukan memberi manfaat kepada diri, masyarakat dan agama. Satu perkongsian yang boleh dijadikan iktibar untuk sahabat2 sesuai dengan pepatah melayu yang sering didengari mengatakan 'tak kenal maka tak cinta' satu ungkapan yang memberi makna tentang sekiranya seseorang itu  tidak mengenal akan sesuatu itu apatah lagi untuk kita mencintainya.

Cukup terkesan dan sedih semasa perbincangan mengenai Aqidah Muslim bersama sahabat2, langsung tidak menyumbang kepada perkongsian yang dibuat. Ternyata diri ini terlalu jahil  dan tertnggal kebelakang mengenai ilmu untuk mengenal Allah swt, apatah lagi untuk menyemai rasa cinta kepadaNya. Sedangkan dalam menjalankan amal ibadah yang sempurna lagi bermutu seseorang itu dituntut untuk menanam rasa kasih dan cinta kepada pencitaNya bagi menghasilkan suatu ikatan yang kukuh tanpa diganggu gugat oleh musuh2 yang sentiasa bersedia menjahamkan amal ibadah  seseorang itu. 

Persoalannya? Bagaimana untuk berbuat sedemikian memandangkan seseorang itu masih terlalu jauh untuk mencari2 dan meraba2 ilmu mengenal penciptaNya. Hal ini jelas  menunjukkan kurangnya diri ini terlibat dalam majlis pengajian2 ilmu dan terlalu jangkal untuk turut serta dalam halaqah2 ilmu khususnya ilmu Tauhid bersama dengan para alim ulamak. Ditambahkan lagi dengan sikap yang malas serta banyak dipengaruhi oleh unsur2 dan faktor2 dunia masa kini yang semakin membawa diri ini jauh dari pengabdian kepada penciptaNya. Seringkal leka dan lalai dengan keadaan dunia masa kini serta pegangan yang sentiasa longgar.

Teringat Sabda Rasululah saw 'Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang teguh padanya tidaklah kamu akan sesat. Dua perkara tersebut ialah Al-Quran dan Sunnahku' (Hadist Hasan, riwayat Malik). InsyaAllah pada penulisan akan datang perkongsian tentang asas Aqidah Muslim akan di paparkan.



Sabtu, 2 Jun 2012

Adakah Diri ini Bermanfaat



Salam sahabat2. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus mencoret sedikit penulisan dalam berkongsi pengalaman dan ilmu yang tidak seberapa ini. Moga2 dengan perkongsian ini menjadi kebaikan dan mendapat redho Allah swt kepada diri penulis. Setelah hampir seminggu berapa di Bintulu, rata2 masyarakat masih jauh dengan agama Islam kebanyakkan mereka masih mengamalkan agama Nasrani. Walau bagaimana pun terdapat beberapa pertubuhan2 dan  NGO2 yang tampil untuk membantu dalam mengembangkan agama Islam di sini Alhamdulliah.

Baru2 ini sempat mengikuti satu pengisian yang menimbulkan tanda tanya  pada diri apabila mengenangkan kembali kata2  yang cukup bermakna yang diberikan oleh Ust Fatuhullah Ali Mudir Madrasah Tahfiz di sini mengenai tugas sebagai hamba Allah swt. Seseorang hamba yang diutuskan di atas muka bumi ini, bukan semata2 untuk mencari bekalan dunia sahaja  malah lebih luas dan lebih berat tugas yang perlu digalas iaitu menjadi hamba yang boleh memberi manfaat pada manusia sekeliling, manfaat yang sebagaimana? manfaat yang boleh menguntung diri, masyarakat dan agama. 

Dalam mengejar cita2 untuk menjadi hamba Allah swt yang sentiasa taat dan patuh pada perintahnya, seseorang itu berkewajipan untuk mengembang dan menyebarkan akan agama Allah swt mengikut kemampuan masing2 berbekalkan pengetahuan yang baik serta memerlukan penambahan ilmu agama yang selari dengan peredaran masa. Apatah lagi jika seseorang itu berpeluang dan diberi kesempatan untuk menyumbang tenaga serta berkongsi ilmu yang ada, kepada yang memerlukan khidmatnya. Tetapi  kebanyakkan hanya pandai mengaku dirinya itu hamba Allah swt yang baik, malangnya dia tidak melaksanakan dan bersungguh2 untuk membantu dalam menyebarkan Agama Allah swt (diri penulis). Ya Allah peliharalah hambamu ini.

Peluang yang diberi apabila tidak digunakan dengan baik tidak akan datang semula dan akan terus pergi menghilang, alangkah ruginya dan tidak patutnya seseorang itu mensia2kan akan tugas dan kurniaan Allah swt untuk hambanya. Tugas yang diberi merupakan satu hikmah bagi mengangkat martabat ketaqwaan dan keimanan seseorang itu, malah seseorang itu akan sentiasa berada dalam kasih sayang Allah swt kerana menjadi mata rantai penyebar AgamaNya. Akan tetapi bukan senang untuk mencapainya, jadi teruslah berdoa dan mengharap serta bersungguh2 dalam ibadah agar menjadi hamba yang terpilih. Selamatlah hamba ini dari bakaran neraka jahanam.





Isnin, 28 Mei 2012

Lambaian Bumi Bintulu





Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi,masih diberi nikmat dan rezeki yang tidak putus2 disamping dapat menjalankan kehidupan dengan baik. Betapa besarnya kasih sayang Allah swt kepada hambanya, tetapi kebanyakkan hambanya tidak pernah memahami dan menyelidik erti makna bersyukur kepadaNya.Jka benar2 hambanya memahami akan peminjaman nikmat yang diberi nescaya peminjaman ini dselenggara dengan baik mengikut peraturan yang ditetapkan. 

Satu perkhabaran yang kurang menyenangkan pada awalnya dan menimbulkan kerisauan apabila mengetahui penempatan sebagai guru ditempatkan di negeri sarawak. Tempat yang menjadi mimpi ngeri dan kesukaran kemudahannya menimbulkan kekalutan kepada semua guru terutamanya guru perempuan, apa tidaknya dengan terpaksa meninggalkan keluarga dan sahabat2 di seberang laut, suasana masyarakat yang berlainan bangsa dan agama, kawasan2 pendalaman yang dikelilingi hutan2 balak,mengharugi sungai dan terusan2 selama berjam2 perjalanan menaiki dan kurangnya kemudahan persekolahan serta kecetekan pengetahuan yang tinggi dikalangan pelajar2nya. 

Tetapi setelah  diberi taklmat dan penerangan tentang penempatan di sarawak lain pulak ceritanay ,negeri yang dianggap dan dikhabarkan sebelum ini tidaklah seteruk yang disangka. Kini negeri sarawak mengalami tranformasi seiring kemodenan dunia walaupun tidak banyak, banyak dikalangan orang semenanjung mendiami negeri ini, hasil penghijrahan ini sedikit sebanyak menjadikan sarawak sebuah negeri yang boleh diktaka sedang membangun bukan pada pembangunan ekonomi sahaja malah perbangunan sahsiah dan akhlak turut sama membangun. Jika dulu susah jika mahu bersua dengan orang2 islam tetapi sekarang dimana2 pon orang islam ada tambah2 makanan dan pakaian islam turut mendapat perhatian dari golongan  yang  bukan islam.

Walaupun agama islam telah berkembang di negeri ini tetapi masih banyak orang2 islam masih terpinggir dan belum memahami sepenuhnya apa itu islam serta  masih ramai lagi yang belum di islamkan berbanding ramai yang telah di kristiankan. Terlintas dihati untuk turut sama menyemai benih2 islam di negeri ini, yang mahukan peluang yang diberi ini digunakan sebaik mungkin walaupun ilmu terlalu cetek dan perlukan penambahan lagi. InsyaAllah harapan agar diberi kekuatan dan doa sahabat2 untuk sama2 menyakini penghantaran Allah swt ke negeri ini.





Isnin, 6 Februari 2012

Kerja Dakwah Harus Berterusan













Salam perjuangan sahabat2.Konsep dakwah adalah luas dan pelbagai, gunakan kaedah2 yang sesuai bergantung pada persekitarannya.Dakwah itu adalah 3E (Everytime, Everywhere, Everyone) iaitu setiap masa yang kita lalu, dimana sahaja kita berada dan dakwah Islam itu adalah untuk dirasai oleh sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, adat, kepercayaan dan sebagainya. Islam itu bukanlah untuk sesuatu bangsa sahaja bahkan ia adalah hak semua bangsa untuk dimiliki dan dihayati. Islam itu untuk SEMUA.

Dakwah itu adalah merupakan apa-apa sahaja ruang masa atau rongga peluang yang ada di sekeliling kita, yang mampu kita bolosi, yang mampu kita masuki, yang mampu kita serapi dan yang mampu kita ambil untuk meninggikan, menyebarkan dan mempamerkan kecantikan Islam. Dakwah itu juga memberi peluang kepada semua manusia untuk memahami, belajar dan cuba untuk menghayati Islam. Tidak ada sebarang sekatan dan halangan bagi sesiapapun untuk mengenali Islam. Oleh itu, dakwah adalah amanah kita. Di mana, bila-bila masa dan kepada sesiapa sahaja kita perlu laksanakannya. Jika perkahwinan itu cara & peluang terbaik untuk Islam, maka laksanakanlah.

Sukan Dalam Islam














Salam sahabat2 yang dirahmati Allah swt.Islam membenarkan apa-apa yang baik dan bermanfaat kepada manusia. Islam menggalakkan Muslim menjadi kuat dan mencari jalan untuk kuat. Dalam Hadith, Rasulullah (SAW), memerintahkan kita dengan bersabda: “Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda.” Ini ialah seruan jelas untuk bersukan yang menunjukkan Islam letakkan kepentingan bersukan dalam melatih umat Muslim dan menjadikan badan mereka sihat dan cergas. Tidak hairanlah apabila pepatah menyebut: “Minda yang cerdas bermula dari badan yang sihat.” 

Sheikh `Atiyyah Saqr, bekas Ketua Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar, menghuraikan sukan dan adabnya dengan lebih terperinci dengan menyatakan yang berikut:
“Sejak zaman silam, manusia telah mencipta pelbagai jenis latihan fizikal dan mencipta pelbagai jenis sukan untuk menjadikan badan mereka kuat, dengan setiap jenisnya mempunyai cara-cara dan matlamat tertentu. Satu bangsa yang sebati dengan pergaduhan dan perperangan, sukan seperti angkat berat, memanah dan beladiri menjadi kelaziman, sedangkan berenang menjadi sukan utama bagi orang yang tinggal di tepi pantai laut. Di semenanjung Arab, manusia sukan berburu dan menunggang kuda disebabkan keadaan mereka yang selalu mengembara dan berpindah-randah. 

Bagaimana Islam Memandang Sukan?
Islam tidak melarang memiliki badan yang kuat dengan bersukan. Muslim di arahkan supaya memiliki badan yang kuat dan minda yang cerdas disamping memiliki akhlak mulia. Dalam Hadith, kita dapati: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada yang lemah.” (Riwayat Muslim) Badan yang kuat mampu menunaikan kedua-dua tugas agama dan dunia. Islam tidak menerima apa-apa yang mendorong kepada pengabaian tugas itu, kecuali dalam beberapa kes yang beberapa kelonggaran di berikan supaya memudahkan penganutnya.

Kesan Sukan Kepada Badan :
Di dalam kitabnya yang terkenal ‘Zad-Al-Ma`aad’, Imam Ibnul-Qayyem menyatakan pergerakkan ialah asas kepada sukan. Ia menolong badan membuang sisa makanan dengan cara tabii. Ia menjadikan badan aktif, meningkatkan immuniti badan dan melindungi badan daripada penyakit. Setiap organ ada jenis sukan yang sesuai dengannya. Bagi menunggang kuda, memanah, bergusti dan berlumba-lari, merupakan sukan yang memberi manfaat kepada seluruh badan. 

Sukan Yang Ada dalam Ibadah Islam :
Dalam Islam, kita melihat banyak ibadah Islam mengandungi sukan yang menolong badan mengekalkan kekuatan fizikal apabila ia di amalkan dengan sempurna. Amalan ibadah Haji, melawat saudara Muslim , melawat yang sakit, pergi dan balik ke masjid dan terlibat dalam aktiviti sosial merupakan aktiviti bersukan. 

Adab Bersukan Dalam Islam :
Fakta Islam menggalakkan bersukan menjadikan seseorang sedar betapa besar, fleksibel dan lengkap agama ini yang Allah berikan kepada manusia. Dalam hal ini, Islam menekankan kepentingan latihan spiritual dan moral yang sepatutnya seiringan dengan latihan fizikal supaya mencapai matlamat yang dihajati.
Dalam menyokong pasukan, keganasan wajib dielakkan. Bermegah-megah juga mesti hindari. Menang dalam pertandingan tidak bermakna halal menghina lawan yang kalah. Islam memandang sukan sebagai jalan untuk meningkatkan kasih dan kerjasama antara manusia, bukan jalan melukakan perasaan. Inilah sebab si pemenang tidak sepatutnya terbawa-bawa dengan kegembiraan sampai menghina lawan, dan yang kalah tidak boleh dihantui oleh cemburu terhadap kelebihan pihak lawan. Mereka mesti ingat yang kekalahan hari ini akan membuka jalan untuk kemenangan pada masa depan, jika mereka bersabar dan cuba menambah-baik diri mereka.

Ini mengingatkan kita akan peristiwa apabila seekor unta milik seorang badwi mengalahkan unta betina Rasulullah yang sentiasa menang dalam perlumbaan, Muslim berduka-cita. Mengulas hal itu, Rasulullah (SAW) bersabda: “Allah SWT telah menetapkan tiada apa-apa yang kekal menang (bermaksud setiap situasi ada naik dan turun dan tiada keadaan yang kekal).” Rasulullah (SAW), membuat kenyataan ini untuk mententeramkan perasaan mereka yang rasa kekalahan untanya satu hakikat yang sukar diterima.

Dalam pertandingan, seorang Muslim sejati tidak lupa adab memberikan pihak lawab layanan baik. Mengenepikan adab dalam pertandingan dan perlawanan ialah satu sifat munafik yang Rasulullah (SAW) rujuk apabila bersabda: “Terdapat empat sifat jika ditemui pada seseorang, dia seorang yang betul-betul munafik. Jika salah satunya ditemui pada seseorang, ia memberikan dia satu sifat munafik sampai dia meninggalkannya: jika diamanahkan dengan sesuatu, dia pecah amanah, jika bercakap, dia berbohong, jika berjanji, dia tidak tunaikan dan jika dia bertengkar dengan seseorang, dia melampau-lampau (menggunakan kata-kata kesat dan perbuatan buruk.)”
 
Panduan untuk Seseorang Muslim Dalam Bersukan:
1-Seseorang Muslim tidak sepatutnya lalai dengan sukan sehingga sampai mendorong meninggalkan tugas-tugas agama dan yang lain.
2- Seseorang Muslim tidak dibenarkan bersikap tidak peduli dalam bersukan dengan cara menimbulkan kecederaan kepada yang lain. Bersukan di atas jalan yang sesak misalnya, boleh menyebabkan kesesakan jalan, ini bukan cara Islam.
3-Perasaan fanatik membabi-buta dalam menyokong atau menentang satu pasukan adalah tiada kaitan dengan Islam, kerana ini benar-benar bercanggah dengan ajaran Islam yang menyeru kepada perpaduan dan kasih-sayang.
4- Tidak dibenarkan kata-kata kesat, perbuatan buruk dan fitnah semasa bersukan.
5-Islam tidak membenarkan pertandingan atau permainan yang melibatkan kedua-dua jantina, dengan cara membuka jalan hawa nafsu, syahwat dan keruntuhan akhlak.
6-Islam menolak semua permainan dan sukan yang mendorong rangsangan seksual dan menggalakkan kejatuhan moral seperti wanita berlatih menari dan ditontoni oleh orang ramai.
Lelaki hendaklah mengamalkan sukan yang sesuai dengan sifat mereka dan sebaliknya. Didalam Islam, tidak dibenarkan bagi wanita mengamalkan sukan yang khas untuk lelaki.
Kesimpulannya, sudah jelas yang semasa membenarkan sesuatu sebagai halal, Islam meletakkan beberapa syarat yang bertujuan mengekalkan akhlak dan sesuai dengan matlamat peraturan umum. Sukan hendaklah diamalkan dengan mengikuti syarat-syarat ini supaya boleh mengelakkan sebarang kemudaratan yang tidak dikehendaki. Peraturan umum dalam Shari`ah ialah apa-apa perbuatan yang melampaui batas sama ada dalam makan, minum, berpakaian atau sebagainya, adalah dilarang. Al-Qur’an mengisytiharkan: “Hai orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.”(Al-Ma’idah: 87)”