Sabtu, 16 Julai 2011

Kembali Kepada Hakikat Sebenar Kejadian





Salam perjuangan sahabat2. Manusia kini semakin hari semakin jauh dengan tujuan asal mereka diutuskan di atas muka bumi Allah swt ini, mereka lebih rela diri mereka dipandu oleh syaitan laknatullah dan sering kali mengikut telunjuk hawa nafsu. Mereka membiarkan diri mereka bebas dan seronok dengan dunia yang mana dunia ini hanya bersifat sederhana. Firman Allah swt dalam surah Az-zariyat bermaksud ” tidak Aku ciptakan manusia dan jin melainkan untuk mengabdikan diri dan beribadah kepada aku” disini dapatlah kita faham bahawa tujuan utama manusia itu diutuskan ke atas dunia ini adalah untuk mengabdikan diri dan beribadah kepada Allah semata-mata dengan penuh keikhlasan dan keredoan. Sentiasa mengamalkan ibadah mengikut ketetapan-ketetapan yang telah ditetapkan syarak.

          Dalam ibadah terbahagi kepada 2 bahagian iaitu ibadah umum dan ibadah khusus, dalam ibadah umum seperti makan, minum, mencari rezeki, berkahwin dan lain-lain lagi. Sekiranya ibadah ini diniatkan kerana Allah swt ia akan memperoleh pahala sebagai contoh makan nasi untuk mendapatkan tenaga bagi mengerjakan ibadah dan sebaliknya.

           Manakala bagi ibadah khusus seperti sembahyang 5 waktu , puasa, zakat dan lain-lain lagi. Ibadah khusus ini merupakan ibadah yang wajib ditunai mengikut ketentuan yang ditetapkan syarak. Ibadah khusus terbahagi pula kepada 2 bahagian iaitu fardhu ain dan fardhu kifayah. Fardhu ain adalah wajib untuk dipelajari dan harus dituntut serta diperbuatkan bagi menghasilkan ibadah yang sempurna mengikut kaedah2 yang betul. Dapatlah difahamkan bahawa fardu ain adalah pekerjaan yang wajib dilakukan oleh setiap umat Islam dalam keadaan individu Muslim itu cukup syarat-syaratnya seperti berakal, baligh dan sebagainya. 
         Fardu kifayah ditafsirkan sebagai perbuatan yang wajib dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan anggota masyarakat Islam, tanpa melihat siapa yang mengerjakannya. Apabila telah dilakukan maka hilanglah tuntutan kewajiban itu terhadap orang lain. Tetapi apabila tidak ada seseorang pun yang melakukannya, maka semuanya berdosa, seperti mendirikan tempat beribadat, rumah sakit, solat jenazah, solat jemaah dan sebagainya.




 

Masih Ramai Tidak Tahu














Salam perjuangan. Seorang pegawai polis bertanya kepada seorang pemuda, kenapa kamu datang ke sini semata-mata untuk memperjuangkan bersama orang india? Ringkas pemuda itu menjawab saja, bukannya apa malas untuk bertikam lidah dan menghormati pekerjaannya. Dalam hatinya geram juga, apa tidaknya heboh satu Malaysia tentang perkara ini tetapi boleh pegawai tersebut gunakan hujah sebegini. Mungkin pegawai tersebut tidak mengetahui atau dia sendiri buat2 tidak tahu akan hal ini atau dia telah didik untuk tidak memahami kebenaran.

            Jadi timbul 2 persoalan difikiran pemuda tersebut, persoalan 1. Siapa yang bertanggungjawab untuk memahamkan pegawai atau masyarakat sekeliling, yang tidak tahu langsung tentang demontrasi ini dan apa agenda2 yang dibawa dalam demontrasi ini. Keadaan ini menuntut peranan semua pihak dan tanggungjawab setiap orang yang tahu atau faham untuk memberitahu masyarakat sekeliling tentang sesuatu perkara supaya tidak terjadi atau timbul masyarakat yang tidak tahu dan ambil peduli tentang perkembangan negaranya sendiri. Kita harus sentiasa mencari jalan dan kaedah bagaimana untuk menyampaikan sesuatu perkara kepada masyarakat, biarpun tidak berjaya tetapi ia tetap berbaloi kerana kita telah berusaha dan sebaliknya jika kita tidak berusaha untuk memberitahu kita dikategorikan sebagai pentingkan diri. 

             Dan persoalan 2. Mengapa masih ramai yang berjuang untuk bangsa tetapi tidak pada agama. Sekiranya bangsa lain mengusul idea atau pendapat yang baik apa tidaknya kita ambil, selagi mana ia tidak merugikan dan merosakkan akidah agama islam dan Negara. Dengan sikap sebegini kita dapat menarik bangsa lain untuk turut sama dalam agama islam. Mengapa kita tidak mengajak bangsa lain untuk turut sama dalam islam atau pemerintahan islam seta bekerjasama menuntut keadilan rakyat. Jika dilihat pada agama islam, bangsa tidak ditekankan kerana agama islam adalah agama yang menyeluruh tidak kira apa bangsa sekali pun islam tetap sama dan sempurna. ‘Nabi Muhammad mengatakan Aku tidak suka dan benci kepada siapa yang berjuang dan mati untuk bangsa tetapi bukan berjuang dan mati untuk agama’. Jadi dapatlah kita ambil kesimpulan dari kata2 Nabi Muhammad bahawa perjuangan untuk bangsa harus dilupuskan dan yang paling penting kita sama-sama tarik dan tunjukkan agama islam adalah agama yang terbaik dan sempurna dalam semua bidang.

Rentetan Himpunan Bersih 2.0


Salam perjuangan sahabat2. Peristiwa himpunan terbesar di Malaysia iaitu Perhimpunan Bersih 2.0 telah dan semakin tidak kedengaran lagi, sebelum terjadinya demontrasi ini, media2 sibuk memutar dan menyiarkan berita2 mengenai demontrasi ini ada yang memfitnah dan ada yang menggalakkan untuk orang ramai turun menutut sebuah pilihanraya yang adil dan bersih tanpa ada unsur-unsur penipuan. Demontrasi ini turut meresahkan pelbagai pihak terutama pihak Pentadbir Negara, kementerian dalam negeri terpaksa menggunakan beribu2 pihak keselamatan terutamanya pihak Polis bagi menghalang dan mengekang demontrasi ini. 

       Kata presiden perhimpunan bersih S. Ambiga bahawa perhimpunan ini bukan untuk menjatuhkan perdana menteri, bukan kepentingan sesebuah parti politik, bukan untuk mememecah belahkan masyarakat dan bukan kepentingan peribadi, perhimpunan ini semata-mata untuk menuntut hak bersuara rakyat dan hak untuk rakyat memastikan keadilan dalam pilihanraya.

       Tetapi perhimpunan ini terbantut dan tidak berjalan seperti yang dirancang, pihak keselamatan terlebih dahulu membuat perancangan menggagalkan perhimpunan ini. Lebih seribu empat ratus orang telah ditangkap dan dikenakan perintah tahanan sehingga selesai perhimpunan tersebut, mereka juga menggunakan bom pemedih mata dan air bagi menyuraikan perhimpunan tersebut. Dianggarkan lebih lima puluh ribu turun membanjiri Kuala Lumpur termasuklah kaum cina, india dan majoritinya kaum melayu. Ramai pimpinan–pimpinan telah ditangkap dan memorandum yang hendak disampaikan kepada Tuanku tidak dapat diserahkan, tetapi sekurang-kurangnya pihak Pentadbir tahu akan hasrat rakyatnya dan kesungguhan untuk menuntut keadilan.