Isnin, 11 Oktober 2010

Hukum Menegur Atau Menasihatkan Orang

Perkara ini kena lihat kepada siapakah yang kita tegur atau nasihat itu. Jika mereka adalah orang yang bukan bawah tanggungan kita seperti kawan2 dan atau orang ramai maka hukum menegur atau menasihat tentang kesalahannya itu adalah fardu kifayah. Jika mereka tidak endah atau tidak mempedulikan dengan teguran kita itu, maka terlepaslah sudah tanggung jawab kita menegur mereka kerana kewajipan tersebut akan di teruskan oleh orang lain pula.

             Dan jika mereka itu adalah orang yang dibawah tanggungan kita seperti anak dan isteri kita maka menegur kesalahan mereka adalah fardu ain. Maka anak isteri yang masih meneruskan perbuatan dosa seperti membuka aurat walau pun sudah diberi teguran tetap wajib atas kita menegur mereka itu sampai mereka menutup aurat dengan sempurna.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan