Salam perjuangan sahabat2. Manusia kini semakin hari semakin jauh dengan tujuan asal mereka diutuskan di atas muka bumi Allah swt ini, mereka lebih rela diri mereka dipandu oleh syaitan laknatullah dan sering kali mengikut telunjuk hawa nafsu. Mereka membiarkan diri mereka bebas dan seronok dengan dunia yang mana dunia ini hanya bersifat sederhana. Firman Allah swt dalam surah Az-zariyat bermaksud ” tidak Aku ciptakan manusia dan jin melainkan untuk mengabdikan diri dan beribadah kepada aku” disini dapatlah kita faham bahawa tujuan utama manusia itu diutuskan ke atas dunia ini adalah untuk mengabdikan diri dan beribadah kepada Allah semata-mata dengan penuh keikhlasan dan keredoan. Sentiasa mengamalkan ibadah mengikut ketetapan-ketetapan yang telah ditetapkan syarak.
Dalam ibadah terbahagi kepada 2 bahagian iaitu ibadah umum dan ibadah khusus, dalam ibadah umum seperti makan, minum, mencari rezeki, berkahwin dan lain-lain lagi. Sekiranya ibadah ini diniatkan kerana Allah swt ia akan memperoleh pahala sebagai contoh makan nasi untuk mendapatkan tenaga bagi mengerjakan ibadah dan sebaliknya.
Manakala bagi ibadah khusus seperti sembahyang 5 waktu , puasa, zakat dan lain-lain lagi. Ibadah khusus ini merupakan ibadah yang wajib ditunai mengikut ketentuan yang ditetapkan syarak. Ibadah khusus terbahagi pula kepada 2 bahagian iaitu fardhu ain dan fardhu kifayah. Fardhu ain adalah wajib untuk dipelajari dan harus dituntut serta diperbuatkan bagi menghasilkan ibadah yang sempurna mengikut kaedah2 yang betul. Dapatlah difahamkan bahawa fardu ain adalah pekerjaan yang wajib dilakukan oleh setiap umat Islam dalam keadaan individu Muslim itu cukup syarat-syaratnya seperti berakal, baligh dan sebagainya.
Fardu kifayah ditafsirkan sebagai perbuatan yang wajib dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan anggota masyarakat Islam, tanpa melihat siapa yang mengerjakannya. Apabila telah dilakukan maka hilanglah tuntutan kewajiban itu terhadap orang lain. Tetapi apabila tidak ada seseorang pun yang melakukannya, maka semuanya berdosa, seperti mendirikan tempat beribadat, rumah sakit, solat jenazah, solat jemaah dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan