Salam Syawal. Alhamdulliah masih diberi kesempatan untuk membuat sedikit coretan walaupun sentiasa sibuk dengan pengejaran masa yang sering mahu mendahului. Bulan Ramadhan 2011/1453 baru sahaja meninggalkan kita dan kita telah kembali semula ke fitrah asal setelah sebulan menjalani ibadah puasa. Bagi pencinta2 ibadah pula bulan puasa telah meninggalkan impak yang mendalam terutama peningkatan dari segi nilai ketaqwaan kepada Allah SWT, pengakhiran bulan ini merupakan suatu perkara yang paling susah untuk ditinggalkan dan amat menyedihkan kerana terpaksa meninggalkan bulan yang penuh keberkatan dan kenikmatan.
Bulan yang jauh berbeza dengan bulan2 yang lain yang mana setiap amalan yang dibuat dilipat kali ganda banyaknya. Sebab itu kalau dilihat pada pengakhiran bulan ini terutama disepuluh malam terakhir pencinta2 ibadah tidak senang duduk dan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mengejar seberapa banyak yang boleh pahala amalan. Kerinduan yang teramat sangat bulan Ramadhan membolehkan seseorang itu merasa betapa lazat dan manis imannya apabila berada dibulan yang penuh berkah ini.
Bagi mereka yang tidak mengambil kesempatan bulan yang penuh keberkatan ini alangkah ruginya dan tidak munasabah, sudah terhidang emas didepan mata tetapi perak yang diambil begitulah yang boleh diibaratkan. Semoga bulan Ramadhan tahun hadapan masih diberi kesempatan untuk bertemu dengannya dan berharap segala kesan yang ditinggalkan bulan Ramadhan ini membantu diri untuk terus istiqomah dan berpegang teguh dengan amalan2 yang member bekal di akhirat kelak. Rugi hambamu tidak bersungguh2 untuk mengumpulkan amalan2 berkualiti dan berkuantiti masih lemah dan perlu diperbaiki banyak lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan