Khamis, 23 September 2010

Asas Perjuangan Agama


Salam Perjuangan sahabat-sahabatku.Satu perkara yang saya dapat pada malam ini, yang mungkin dapat dikongsi dengan sahabat ialah sikap keyakinan diri yang tinggi harus ada pada  setiap manusia yang ingin berjaya. Sikap ini tidak datang secara sendiri tetapi harus dipupuk dan dibentuk dengan cara beransur-ansur dan kesungguhan yang mendalam. Bagi mereka yang mempunyai sikap ini ia adalah satu anugerah yang paling besar dan bermakna, bukan semua manusia boleh memiliki sikap ini ia adalah satu kenikmatan yang tiada tolak bandingnya. Mereka yang memiliki sikap ini haruslah berhati-hati dan gunakanlah ia pada tempat yang betul dan sesuai. 

        Kebanyakkan sikap keyakinan  diri ini dimiliki oleh manusia yang kebanyakkan berjiwa besar dan berani untuk mempertahankan haknya.Bukan mudah untuk kita memupuk dan membentuk sikap ini ia perlukan usaha yang berterusan dan istiqomah melakukan. Antara kaedah ataupun cara untuk menciptanya ialah jangan tinggal solat sunat tahajjud dan dhuha, sentiasa percaya pada diri sendiri, tambah maklumat melalui pembacaan yang banyak pelbagai ilmu, hendaklah malu pada tempatnya malu berbuat dosa jangan malu untuk menyuarakan pendapat atau bertanyakan soalan.

             Untuk menjadi seorang pejuang agama yang berwibawa dan berdedikasi sikap ini sememangnya harus ada. Sebagai umat islam kita harus percaya bahawa setiap yang berlaku adalah disebabkan ketentuan pencipta tetapi kita harus juga berusaha untuk mencapainya bukan hanya boleh berdiam diri, semua itu bergantung kepada diri kita juga.Jadi marilah sama kita bina dan teguhkan sikap ini agar sentiasa ada benteng pertahanan diri bagi menghadapi setiap usikan musuh. Muhasabah diri kita.  




Tiada ulasan:

Catat Ulasan