Selasa, 21 September 2010

Sucikan Perjuangan Agama


Salam Perjuangan,  terdetik dihati untuk menyambung penulisan yang tidak seberapa ini tetapi berkeinginan tinggi untuk mencipta idea dan menjana pemikiran untuk  teruskan misi sebagai pendahwah melalui medan blogger. Medan ini juga dapat  menjadi sebagai tapak untuk  menggalakkan pengetahuan dan menambah pengalaman untuk terus menjadi pemikir kepada kelemahan diri dan masalah ummah. Sedikit perkongsian hasil usrah yang diikuti pada hari ini, memang menyeronokkan dan kepuasan dari mengikuti usrah ini walaupun kekangan masa dan waktu berehat sering kali menghimpit.

Dalam pengisian usrah ini pada permulaannya  banyak menjelaskan mengenai pentarbiyahan diri manusia yang semasa berada dalam bulan ramadan yang baru meninggalkan , adakah ramadan kali ini betul-betul melatih diri untuk lebih bertaqwa atau tidak, adakah nilai keimanan dan ketaqwaan semakin dekat dengan penciptanya atau semakin jauh.Ini semua bergantung kepada tahap kesungguhan dan keikhlasan dalam menjalankan ibadah semata-mata kerana mendapat keredoannya.kata rasulullah saw  barang siapa  yang tidak diampunkan dosanya semasa berada dalam bulan ramadan maka celakalah baginya.Renungkanlah sahabat.

Seterusnya pengisian diteruskan dengan tanggungjawab manusia untuk terus berjuang secara fizikal bagi memperkukuhkan tapak perjuangan walaupun dimana kita berada, kekangan-kekangan dari musuh dan masa yang sering kali memcemburui. Selain itu berjuang secara pemikiran juga harus dipertingkatkan  bagi menghasilkan pengkhususan yang sempurna untuk perancangan yang berstrategi. sebagai bakal seorang pendidik  kita jangan hanya melengkapkan keperluan dan kehendak negara tetapi kita harus melihat bagaimana untuk menjadikan negara mengikut kehendak agama islam .

 Kita harus menggerakkan sistem pendidikan agar selaras dengan kehendak agama islam bagi membantu melahirkan pewaris yang berakhlak dan berbudi pekerti mengikut acuan yang dikehendaki penciptanya. menjana pemikiran –pemikiran baru dan bercita-cita memurnikan kembali kursus asas pendidikan, kerana disebabkan kursus asas ini tidak dimurnikan berlandaskan sistem islam tidak mustahilah sekarang ini terjadi kes-kes jenayah yang begitu mengerikan dan menakutkan seperti pembunuhan beramai-ramai, penculikan kanak-kanak, penzinaan, pembuangan bayi dan rompakan bersenjata. puncanya yang utama adalah tidak menjalankan hukum-hukum yang ditetapkan al-quran dan hadis serta  asas sistem kurikulum  pendidikan di sekolah tidak mengikut kehendak yang betul, kerana bidang pendidkan inilah yang mula membentuk perwatakan dan akhlak seseorang manusia itu.Fikir-fikirkanlah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan