Bukan mudah untuk menjaga dan mengawal keimanan bagi mengekalkan tahap di kedudukan tertinggi kerana disebabkan sedikit desakan nafsu dan usikan syaitan akan menurun tahap keimanan kepada yang paling rendah dan berkemungkinan ia akan hilang. Sangat susah untuk mendidiknya, jika terleka dan lalai nilai iman akan terus jatuh.
Pengjagaannya dan pengawalannya diibaratkan seperti seseorang itu sedang berpantang bagi menyembuhkan penyakitnya, bilamana pesakit itu tidak menjaga dan mengawal pantang larang ‘main bedal jer apa yang nak dimakan’ ini akan menyebabkan sesuatu penyakit itu lambat sembuh dan berkemungkinan tidak sembuh langsung. Hal ini sama macam nilai keimanan seseorang itu, jika seseorang itu melanggar prosedur-prosedur dan disiplin keimanan seorang mukmin hasilnya, berkuranglah keimananan dan rosaklah imannya.
Jadi sebagai seorang yang beriman, seseorang itu perlu sentiasa dan kerap kali menitikberatkan nilai keimanannya dengan sering kali memenuhi waktu terluang dengan perkara-perkara yang dapat menguntungkannya di dunia dan yang paling utama di akhirat. Isikan waktu dengan ilmu-ilmu dan amalan-amalan soleh biarlah sedikit pun asalkan beristiqomah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan