Salam seperjuangan, sekarang telah masuk musim peperiksaan di setiap university semua pelajar bertukus lumus siang dan malam serta sanggup berjaga malam berjam-jam untuk mencapai kejayaan yang terbaik dan mengukuhkan pointer masing-masing.
Pelbagai tingkah laku dan amalan-amalan ditingkatkan. Ruang-ruang yang sebelum ini kosong disurau dipenuhi oleh setiap pelajar , hampir tidak kedengaran suara-suara menyembang dan bualan kosong, setiap masa diisi dengan membaca dan berbincang denagn kawan-kawan, mengamal sunnah terutama dalam soal pemakanan dan akhlak Rasulullah SAW dan ada juga yang berpantang dari melakukan pelbagai maksiat.
Perubahan yang mendadak dan drastik, lagi elok jika amalan ini berterusan dan berkekalan. Inilah aura akademik sehinggakan melebihi aura ibadah kadang-kadang kala. Biarpun datang pelbagai aura sekalipun, pastikan ia selaras dengan islam dan selari dengan tujuan manusia diutuskan . Selamat Menduduki Peperiksaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan