Salam Sahabat2. Perjuangan menegakkan agama islam adalah tuntutan dan kewajipan kepada semua penganutnya biar dalam keadaan lemah ataupun keadaan kuat, sakit ataupun sihat, tua ataupun muda, bergantung kepada keupayaan dan cabang perjuangan masing-masing asalkan matlamatnya selari dengan membantu menegakkan agama islam. Alangkah rugi dan malu, sekiranya kita tidak dapat menyumbang apa-apa untuk menegakkan agama islam. Siapa lagi yang mahu membela dan menjaga agama islam kalau bukan penganutnya sendiri, adakah kita sanggup melihat agama islam, Nabi dan Al-Quran kita dikutuk dan dipermainkan.
Selama 23 tahun Nabi Muhammad berusaha memperjuangkan agama islam tanpa mengenal ancaman yang diterima, beliau turut dihina, dikutuk, dipulau, diugut dan hampir dibunuh. Begitu juga pada zaman sahabat. Mereka sentiasa menghadapi penekanan dan kezaliman, tetapi selagi mana tuntutan dan amanah masih lagi tidak ditunaikan selagi itulah perjuangan untuk membangunkan syiar islam harus diteruskan. Biarpun seringkali ditindas (Gaza, Palestin) asalkan keredhoaan Allah swt sentiasa bersama dibandingkan dengan hidup aman (?) tetapi keredoaan Allah swt tidak ada, yang mana kita perlukan? Ingat sahabat2 kita masih ada 2 alam lagi menanti iaitu alam barzah dan alam akhirat. Alam dunia ini hanya pinjaman dan sementara, alam dunia sebagai ujian betulkah keyakinan, kepercayaan dan kata2 mengaku keEsaan kepada Allah swt semata-mata.
Ayuh bangkit dan berusaha serta tanamkan niat untuk turut serta menjadi penyambung tugas yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammmad SAW, sahabat2 dan alim ulamak serta perlu bercita-cita untuk membantu gerakan dan perjuangan islam yang kini banyak menghadapi penekanan dan penindasan disamping memperbaiki amal ibadah yang berkualiti dan meningkatkan kehadiran majlis pengajian ilmu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan