Salam Sahabat-sahabat, geli hati kalau difikirkan. Wak seorang rakyat Indonesia yang berhijrah ke Malaysia (Baling, Kedah) untuk mencari rezeki sebagai seorang petani. hampir 21 tahun dia menetap di Malaysia. Pada suatu hari, semasa dia mengusahakan tanaman pokok cabai, pokok cabainya berkembang biak dengan baik dan mengeluarkan hasil yang banyak buat kali pertama. Keadaan itu mengundang ulat-ulat untuk datang merosakkan tanamannya, nasib baik dia mengetahui hal tersebut kerana sudah menjadi rutin harian wak untuk memeriksa tanamannya itu agar sentiasa sihat dan mengeluarkan hasil yang berkualiti.
Apabila dia mengetahui bahawa ulat datang merosakkan cabainya dia segera meminta sahabatnya man pergi membeli racun ulat bagi membunuh ulat tersebut, lalu tanpa berlengah man terus pergi membeli racun ulat tersebut. Sesampai di kedai Ah Chong, Man terus meminta kepada Ah Chong akan racun tersebut. Lalu man terus bergegas balik dan menyerahkan racun itu kepada wak , wak terus membancuh racun itu dan memulakan proses membunuh semua ulat-ulat itu. Setelah selesai wak membelik-belik pada kulit botol racun itu, Alangkah terkejutnya wak apabila mendapati bahawa racun tersebut bukan racun ulat tetapi ia adalah racun pokok cabai. Aduh!!!!!!!!!!!! kenapa bisa jadi begini, keluh wak.
Keesok harinya semua pokok cabainya dan ulat-ulat semuanya menjadi layu dan kering, selang beberapa hari semua tanamannya mati. Wak merasa amat sedih dan kecewa, lalu dia merajuk dan tidak mahu melihat tanamannya hampir sebulan. Tanpa disedari semua kelengkapan di projek tanamannya sudah tiada kerana telah diambil pencuri termasuklah cangkul, batang paip, baja dan tong Dram. Apabila wak datang semula ke kebun tanamannya sekali wak dikejutkan dengan kehilangan barang-barang kelengkapan untuk tanamannya. Aduh!!!!!!!!!!!!! Sekali lagi wak mengeluh. wak mengambil keputusan untuk berhenti dari mengusahakan cabai, dia beralih arah untuk menorah getah.
Setelah mengenalpasti pokok dan tuan pokok yang akan ditoreh, Wak dengan bersemangat terus memulakan tugas barunya. setelah tiga hari pokok getahnya ditoreh, dia bercita-cita untuk mengutip getah skrapnya pada keesokan hari. Tiba pada esok hari dia mendapati semua skrapnya hilang kerana sudah dikutip oleh pencuri. Aik!! aku yang toreh orang lain yang bisa kutip, kata wak. tetapi wak tidak kecewa dia terus menoreh lagi, perkara yang sama berulang lagi sekali lagi skrap wak dicuri.
wak tidak pernah mengeluh dan sentiasa bersabar dengan apa yang menimba dirinya. wak seorang yang betul-betul yakin dengan qodo dan qodar Allah SWT. Keyakinan dan kepercayaan yang tinggi atas ketentuan yang Esa membuatkan segala pekerjaannya berjaya sehingga sekarang. Walaupun berada di negeri orang wak dapat hidup senang dan membina keluarganya sendiri dengan baik. Akidah yang kukuh dan kuat menjadikan seseorang itu dapat berdiri sendiri tanpa bantuan orang lain, dengan hanya mengharapakan pertolongan penuh dari yang Esa. Wahai orang-orang beriman yakin dan percayalah bahawa yang memberi bekas hanyalah Allah SWT, kita hanya harus berusaha dan terus berdoa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan