Jumaat, 25 November 2011

Asiyah Yang Luar Biasa

                                                    

Salam perjuangan. Allamdulillah masih diberi peluang untuk terus bergerak dan menikmati nikmat hidup sebagai manusia dan hamba kepada yang Esa, bayangkan sekiranya ketika ini nyawa kita diambil Malaikat  Izroil dan tubuh badan kita terbujur kaku dengan bebanan dosa2 yang masih tidak sempat untuk kita bertaubat.

Tersentuh dan terkedu hati apabila mengenangkan Surah At-Tahrim ayat 11 beserta huraian tafsirnya yang disampaikan oleh ustaz Jamaluddin. Mengisahkan seorang muslimat yang memiliki kekuatan yang sangat luar biasa tentang keyakinan dan kepercayaannya untuk beriman dengan Allah SWT yang disampaikan oleh Nabi Musa as beliaulah Asiyah. Walaupun beliau isteri kepada Firaun, beliau tetap terus istiqomah dengan keimanannya dan berpegang teguh dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa as.

Sepanjang beliau menjadi isteri kepada Firaun, beliau tidak pernah disentuh oleh Firaun kerana syaitan sering berupa dan menyerupai wajahnya. Dalam menyembunyikan keimanan kepada Allah SWT, akhirnya Firaun mengetahui akan agama yang dianutinya iaitu agama islam. Tanpa belas kasihan beliau telah ditangkap, tangan serta kakinya dipaku dengan kayu yang tajam akan tetapi beliau tetap bersabar dan yakin dengan janji Allah SWT bahawa syurga merupakan tempat untuk orang2 yang beriman. Tidak cukup dengan itu dadanya diletak dengan batu pengisar gandum.

Disaat inilah beliau berdoa “Ya TuhanKu, bagunkanlah untukku sebuah rumah disisiMu dalam syurga dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim”. Dengan serta merta Allah SWT mengutuskan malaikat untuk membantu dan menampakkan sebuah rumah untuknya disyurga yang mana nikmat yang cukup hebat hinggakan sakit yang dialaminya bertukar menjadi keseronokkan disebabkan nikmat melihat Syurga Allah SWT. Akhirnay beliau meninggal dunia. Inilah dia muslimat yang hebat, diharapkan kisah ini membolehkan kita terus istiqomah untuk berpegang teguh dengan ajaran agama islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan