Jumaat, 25 November 2011

Cuti 5 Minggu














Salam Perjuangan. Puji2 an bagi Allah SWT kerana masih diberi  kesempatan untuk mengemaskini blog, hampir  2 bulan terpaksa menberhentikan penulisan disebabkan halangan2 tertentu. Agak lucu dan sedikit kelakar yang mana diberi cuti hampir  2 bulan oleh doktor disebabkan satu kemalangan motosikal sedangkan diri tidak terikat dengan mana2 majikan, mungkin doctor mahu menghabiskan dakwat copnya.
Apa yang ingin dikongsikan dengan para pembaca adalah segala bentuk musibah dan kecelakaan yang menimpa adalah satu ujian kepada kita, yang mana Allah SWT ingin menguji dan melihat tahap mana keupayaan untuk menerima hakikat ketentuan yang  diberi Allah SWT. Bagi orang yang beriman yang percaya dengan Rukun Iman, kepercayaan dengan qodo  dan qodar  Allah SWT menjadi titik tolak kepada meredhokan segala pemberianNya. Jikalau dilihat kepada keupayaan seseorang itu untuk menerima hakikat sesuatu musibah yang diterima, adalah tidak berupaya dan  tidak mampu untuk menangkisnya melainkan dengan benar2 kita memahami erti keyakinan Qodo dan Qodar  Allah SWT.
 Pada sesetengah pendapat, musibah ataupun ujian yang diberi merupakan petanda bahawa Allah SWT mahu mendidik dan mengajar, menghapus dosa2 dan memberi amaran kepada hamba2 nya supaya sentiasa berpegang teguh dengan imannya. Apabila dilihat pada sudut positif seseorang itu menyangka bahawa Allah SWT menyayangi dan mengangkat darjatnya, akan tetapi jika dilihat pada sudut negetif seseorang itu tidak akan menyangka bahawa dia sedang diberi bala. Lebih elok segala musibah atau ujian ini dipandang pada sudut yang negetif kerana ia akan sentiasa mengingatkan seseorang itu untuk bertaubat dan menyangka Allah SWT murka padanya, lain pula jika dilihat pada sudut positif seseorang itu akan sentiasa bangga dan gembira kerana dia telah diberi ujian dengan menyangka tahap keimananya telah meningkat.
Akan tetapi ini semua bergantung pada kefahaman seseorang itu dan hakikat sebenar hanya Allah SWT yang mengetahui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan