Sabtu, 2 Jun 2012

Adakah Diri ini Bermanfaat



Salam sahabat2. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus mencoret sedikit penulisan dalam berkongsi pengalaman dan ilmu yang tidak seberapa ini. Moga2 dengan perkongsian ini menjadi kebaikan dan mendapat redho Allah swt kepada diri penulis. Setelah hampir seminggu berapa di Bintulu, rata2 masyarakat masih jauh dengan agama Islam kebanyakkan mereka masih mengamalkan agama Nasrani. Walau bagaimana pun terdapat beberapa pertubuhan2 dan  NGO2 yang tampil untuk membantu dalam mengembangkan agama Islam di sini Alhamdulliah.

Baru2 ini sempat mengikuti satu pengisian yang menimbulkan tanda tanya  pada diri apabila mengenangkan kembali kata2  yang cukup bermakna yang diberikan oleh Ust Fatuhullah Ali Mudir Madrasah Tahfiz di sini mengenai tugas sebagai hamba Allah swt. Seseorang hamba yang diutuskan di atas muka bumi ini, bukan semata2 untuk mencari bekalan dunia sahaja  malah lebih luas dan lebih berat tugas yang perlu digalas iaitu menjadi hamba yang boleh memberi manfaat pada manusia sekeliling, manfaat yang sebagaimana? manfaat yang boleh menguntung diri, masyarakat dan agama. 

Dalam mengejar cita2 untuk menjadi hamba Allah swt yang sentiasa taat dan patuh pada perintahnya, seseorang itu berkewajipan untuk mengembang dan menyebarkan akan agama Allah swt mengikut kemampuan masing2 berbekalkan pengetahuan yang baik serta memerlukan penambahan ilmu agama yang selari dengan peredaran masa. Apatah lagi jika seseorang itu berpeluang dan diberi kesempatan untuk menyumbang tenaga serta berkongsi ilmu yang ada, kepada yang memerlukan khidmatnya. Tetapi  kebanyakkan hanya pandai mengaku dirinya itu hamba Allah swt yang baik, malangnya dia tidak melaksanakan dan bersungguh2 untuk membantu dalam menyebarkan Agama Allah swt (diri penulis). Ya Allah peliharalah hambamu ini.

Peluang yang diberi apabila tidak digunakan dengan baik tidak akan datang semula dan akan terus pergi menghilang, alangkah ruginya dan tidak patutnya seseorang itu mensia2kan akan tugas dan kurniaan Allah swt untuk hambanya. Tugas yang diberi merupakan satu hikmah bagi mengangkat martabat ketaqwaan dan keimanan seseorang itu, malah seseorang itu akan sentiasa berada dalam kasih sayang Allah swt kerana menjadi mata rantai penyebar AgamaNya. Akan tetapi bukan senang untuk mencapainya, jadi teruslah berdoa dan mengharap serta bersungguh2 dalam ibadah agar menjadi hamba yang terpilih. Selamatlah hamba ini dari bakaran neraka jahanam.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan