Rabu, 6 Jun 2012

Malu Dengan Diri Ini



Salam sahabat2. Alhamdulilah masih diberi kesempatan untuk menghuni bumi Allah swt yang serba indah dan hebat ini. Peluang yang diberi ini harus digunakan dengan sebaik mungkin dan pastikan kerja buat yang dilakukan memberi manfaat kepada diri, masyarakat dan agama. Satu perkongsian yang boleh dijadikan iktibar untuk sahabat2 sesuai dengan pepatah melayu yang sering didengari mengatakan 'tak kenal maka tak cinta' satu ungkapan yang memberi makna tentang sekiranya seseorang itu  tidak mengenal akan sesuatu itu apatah lagi untuk kita mencintainya.

Cukup terkesan dan sedih semasa perbincangan mengenai Aqidah Muslim bersama sahabat2, langsung tidak menyumbang kepada perkongsian yang dibuat. Ternyata diri ini terlalu jahil  dan tertnggal kebelakang mengenai ilmu untuk mengenal Allah swt, apatah lagi untuk menyemai rasa cinta kepadaNya. Sedangkan dalam menjalankan amal ibadah yang sempurna lagi bermutu seseorang itu dituntut untuk menanam rasa kasih dan cinta kepada pencitaNya bagi menghasilkan suatu ikatan yang kukuh tanpa diganggu gugat oleh musuh2 yang sentiasa bersedia menjahamkan amal ibadah  seseorang itu. 

Persoalannya? Bagaimana untuk berbuat sedemikian memandangkan seseorang itu masih terlalu jauh untuk mencari2 dan meraba2 ilmu mengenal penciptaNya. Hal ini jelas  menunjukkan kurangnya diri ini terlibat dalam majlis pengajian2 ilmu dan terlalu jangkal untuk turut serta dalam halaqah2 ilmu khususnya ilmu Tauhid bersama dengan para alim ulamak. Ditambahkan lagi dengan sikap yang malas serta banyak dipengaruhi oleh unsur2 dan faktor2 dunia masa kini yang semakin membawa diri ini jauh dari pengabdian kepada penciptaNya. Seringkal leka dan lalai dengan keadaan dunia masa kini serta pegangan yang sentiasa longgar.

Teringat Sabda Rasululah saw 'Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang teguh padanya tidaklah kamu akan sesat. Dua perkara tersebut ialah Al-Quran dan Sunnahku' (Hadist Hasan, riwayat Malik). InsyaAllah pada penulisan akan datang perkongsian tentang asas Aqidah Muslim akan di paparkan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan