Salam kesabaran. Setiap perbuatan baik mahupun buruk ia tetap akan dibalas oleh Allah swt , bergantung kepadaNya bila balasan itu akan diberi. Setiap balasan yang diberi tidak dapat tidak kena harungi juga dengan hati yang redho dan ikhlas serta penuh pengharapan.
Walaupun sesuatu balasan itu bertentangan dengan kehendak dan kemahuan diri. Meskipun menangis air mata darah sekalipun, keredhoan kepada kehendak Allah swt kena turuti sebagai orang yang benar-benar beriman kepadaNya.
Walaupun hati ini bergolak dan menolak Ia harus terima hakikat sebenar, cuba fikir dan cari jalan apa sebab balasan itu dikena dan diberi. Ia sebenarnya selari dengan kehendak Allah swt yang mana mencipta atau menjadikan sesuatu itu dengan bertujuan dan penuh faedahnya kerana Allah swt memiliki sifat Maha Mengetahui Dan Maha Bijaksana.
Carilah jalan penyelesaian jangan terlalu berprasangka negetif atas apa yang berlaku. (Pengalaman penulis menghadapi Ujian)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan