Salam Pengorbanan sahabat-sahabat. Tidak semua yang kita impikan akan kita perolehi kerana semuanya telah ditetapkan dan ditentukan oleh Maha Pencipta, soal maut, rezeki, jodoh dan kejayaan masa depan. Kita hanya boleh merancang tetapi yang menentukan adalah Allah swt. Ingatlah sahabat-sahabat jangan kita cepat untuk mengalah dan berputus asa, ada yang lebih baik menunggu kita, kerana setiap kesulitan pasti ada kemudahan.
Yang penting kebergantugan dan keyakinan sepenuhnya kepada qodo dan qadar, jangan hanya percaya dan tahu tetapi pengharapan di atas ketentuanNya harus diutamakan. Walaupun sesuatu itu kita impi-impikan dan yakin menjadi hak kita belum tentu akan tercapai. SegalaNya milik mutlak Allah swt, dia yang mengatur dan menyusun setiap gerak geri hamba-hambanya.
Jika kita tidak dapat terima sesuatu perkara yang menjadi kemahuan kita, cuba ingat kembali nikmat yang telah diberi sebelum ini oleh Allah swt, tidak terhitung banyaknya itulah kasih sayang Allah swt kepada hambanya tetapi kita tidak pernah pun bersyukur melainkan jika kita betul-betul berjaya dan cemerlang.
Perbanyakkan kesyukuran kepada Allah swt walaupun kita berada dalam kedukaan mahupun kesusahan kerana setiap ujian harus menjadi anugerah kepada kita, itulah digambarkan sebagai keyakinan yang kukuh bersemayam dalam hati. Ambilah Hikmah Dari Setiap Kejadian. (Pengalaman penulis tidak dapat sesuatu yang dingini)
Pengisian yang kecetekan ilmu
BalasPadam