Isnin, 20 Disember 2010

Kerja Yang Berpanjangan


















Salam Malaysia. kesabaran merupakan suatu sifat yang amat mulia, yang harus dimiliki oleh setiap makhluk-makhluk di atas muka bumi Allah swt ini. Kesabaran merupakan tonggak  utama untuk manusia menilai diri sendiri apabila menghadapi pelbagai  kerana manusia yang paling kuat di atas muka bumi ini adalah manusia yang paling banyak bersabar. Sifat kesabaran banyak dijelaskan dalam al-quran dan hadis-hadis antaranya.

Pujian Allah bagi orang-orang yang sabar: “dan orang-orang yang bersabar dalam kesulitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar imannya dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa.” (Al-Baqarah: 177)

Dari Abu Hurairah ra berkata, bahwa Rasulullah bersabda, “Orang yang kuat bukanlah yang pandai berlawan, namun orang yang kuat adalah orang yang memiliki jiwanya ketika marah.” (Bukhari)

Bukan Mudah untuk memiliki sifat kesabaran kerana sifat ini dimiliki oleh manusia-manusia terpilih sahaja. Jika dibandingkan dengan diri penulis jauh sekali perumpamaan seperti berlian dengan batu. Tiga minggu menghabiskan masa dengan tesis  seorang diri (teramat boring) sedangkan orang lain sudah pun bercuti dan bersenang lenang. Keadaan ini menuntut supaya penulis banyakkan bersabar kerana bagi mengawal perasaan hati untuk tidak memberontak  dan menyalah sesetengah pihak.

Dalam menghadapi tekanan sebegini memang banyak ujian yang timbul terutama berkaitan nafsu dan  syaitan biasalah apabila tinggal seorang diri dan berada di alam dewasa tekanan nafsu begitu kuat. Nafsu akan berperanan dan syaitan turut membantu untuk menjahanamkan dalam setiap waktu.( Mohon pertolongan Allah swt).

Tetapi penulis cuba untuk mencari dan mencari apa tujuan Allah swt memberi ujian sebegini, akhirnya sifat kesabaran harus dicari dengan berjihad melawan hawa nafsu dan syaitan, biarlah tidak dapat berjuang di luar (kedah) asalkan mendapat dan mengasah sifat kesabaran di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan