Salam sahabat2, semoga
sentiasa berada dalam rahmatNya dan inayahNya. Terasa singkat sangat masa
berlalu. PeJam celik Bulan Ramadan ketemu lagi rasanya baru sangat Bulan
Ramadan yang lepas meninggalkan kita. Biasalah dunia akhir zaman semua perkara
menjadi amat cepat, yang pastinya kita
harus sentiasa bersedia untuk kehidupan selepas mati nanti. Alhamdulilah kali
ini Allah swt memberi lagi peluang untuk berada dalam bulan Ramadan. Apa yang pentingnya ibadah untuk Ramadan kali ini
harus lebih baik daripada ibadah Ramadan yang sebelum ini.
Penghasilan ibadah yang
berkualiti harus dititik beratkan bukan hanya sekadar memenuhi syarat dan
kehendak dalam beribadah kepada Allah swt, kita yakin bahawa pada awalnya bulan
Ramadan adalah kerahmatan pertengahannya adalah pengampunan dan pengakhirannya
adalah pembebasan dari api neraka. Akan tetapi cuba lihat dan nilai sendiri
adakah amal ibadah kita memenuhi dan setaraf dengan ketiga2 pengurniaan Allah
swt untuk hambaNya.
Puasa merupakan medan
tarbiyyah untuk kita melatih dan mendisiplinkan diri untuk terus bertaqwa
kepada Allah swt bukan hanya di bulan Ramadan tetapi pada bulan2 yang
lainnya.Mereka yang berjaya mengharungi latihan pada bulan Ramadan tidak akan
bermasalah untuk meneruskan kehidupan pada masa akan datang kerana semasa
berada di medan tarbiyyah Ramadan mereka berjaya mendidik diri untuk membina
ketaqwaan kepada PenciptaNya.
Berlatih untuk patut
perintah Allah swt yang sunat di samping yang wajib. Islam perintahkan umatnya
sahur pada waktu akhir, berbuka puasa diawalkan waktunya, membaca al-Quran dan
berzikir. Allah juga perintahkan solat Tarawih sebanyak mungkin. Kalau semua
perintah Allah swt ini dapat dipatuhi umat islam secara istiqamah sehingga akhir Ramadan, pasti
mereka akan beroleh sebahagian rasa taqwa.
Berlatihlah untuk
meninggalkan larangan Allah swt yang makruh apatah lagi yang haram. Oleh sebab
itu janganlah makan sahur pada awal malam tetapi bangun pada akhir malam
sehingga masuk Subuh. Janganlah melambatkan berbuka puasa dan makan dalam
jumlah yang sederhana.
Dalam tempoh berpuasa
itu setiap umat Islam diminta supaya bercakap dengan baik, membaca al-Quran,
tidak bercakap sia-sia apatah lagi mengumpat dan membuat fitnah. Bayangkan
kalau selama sebulan kita boleh menjaga lidah ke arah kebaikan, apakah mungkin
masih ada lagi dosa lidah. Percayalah mereka yang boleh mempertahankan sikap
itu sudah pasti layak beroleh taqwa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan