Sabtu, 16 Julai 2011

Kembali Kepada Hakikat Sebenar Kejadian





Salam perjuangan sahabat2. Manusia kini semakin hari semakin jauh dengan tujuan asal mereka diutuskan di atas muka bumi Allah swt ini, mereka lebih rela diri mereka dipandu oleh syaitan laknatullah dan sering kali mengikut telunjuk hawa nafsu. Mereka membiarkan diri mereka bebas dan seronok dengan dunia yang mana dunia ini hanya bersifat sederhana. Firman Allah swt dalam surah Az-zariyat bermaksud ” tidak Aku ciptakan manusia dan jin melainkan untuk mengabdikan diri dan beribadah kepada aku” disini dapatlah kita faham bahawa tujuan utama manusia itu diutuskan ke atas dunia ini adalah untuk mengabdikan diri dan beribadah kepada Allah semata-mata dengan penuh keikhlasan dan keredoan. Sentiasa mengamalkan ibadah mengikut ketetapan-ketetapan yang telah ditetapkan syarak.

          Dalam ibadah terbahagi kepada 2 bahagian iaitu ibadah umum dan ibadah khusus, dalam ibadah umum seperti makan, minum, mencari rezeki, berkahwin dan lain-lain lagi. Sekiranya ibadah ini diniatkan kerana Allah swt ia akan memperoleh pahala sebagai contoh makan nasi untuk mendapatkan tenaga bagi mengerjakan ibadah dan sebaliknya.

           Manakala bagi ibadah khusus seperti sembahyang 5 waktu , puasa, zakat dan lain-lain lagi. Ibadah khusus ini merupakan ibadah yang wajib ditunai mengikut ketentuan yang ditetapkan syarak. Ibadah khusus terbahagi pula kepada 2 bahagian iaitu fardhu ain dan fardhu kifayah. Fardhu ain adalah wajib untuk dipelajari dan harus dituntut serta diperbuatkan bagi menghasilkan ibadah yang sempurna mengikut kaedah2 yang betul. Dapatlah difahamkan bahawa fardu ain adalah pekerjaan yang wajib dilakukan oleh setiap umat Islam dalam keadaan individu Muslim itu cukup syarat-syaratnya seperti berakal, baligh dan sebagainya. 
         Fardu kifayah ditafsirkan sebagai perbuatan yang wajib dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan anggota masyarakat Islam, tanpa melihat siapa yang mengerjakannya. Apabila telah dilakukan maka hilanglah tuntutan kewajiban itu terhadap orang lain. Tetapi apabila tidak ada seseorang pun yang melakukannya, maka semuanya berdosa, seperti mendirikan tempat beribadat, rumah sakit, solat jenazah, solat jemaah dan sebagainya.




 

Masih Ramai Tidak Tahu














Salam perjuangan. Seorang pegawai polis bertanya kepada seorang pemuda, kenapa kamu datang ke sini semata-mata untuk memperjuangkan bersama orang india? Ringkas pemuda itu menjawab saja, bukannya apa malas untuk bertikam lidah dan menghormati pekerjaannya. Dalam hatinya geram juga, apa tidaknya heboh satu Malaysia tentang perkara ini tetapi boleh pegawai tersebut gunakan hujah sebegini. Mungkin pegawai tersebut tidak mengetahui atau dia sendiri buat2 tidak tahu akan hal ini atau dia telah didik untuk tidak memahami kebenaran.

            Jadi timbul 2 persoalan difikiran pemuda tersebut, persoalan 1. Siapa yang bertanggungjawab untuk memahamkan pegawai atau masyarakat sekeliling, yang tidak tahu langsung tentang demontrasi ini dan apa agenda2 yang dibawa dalam demontrasi ini. Keadaan ini menuntut peranan semua pihak dan tanggungjawab setiap orang yang tahu atau faham untuk memberitahu masyarakat sekeliling tentang sesuatu perkara supaya tidak terjadi atau timbul masyarakat yang tidak tahu dan ambil peduli tentang perkembangan negaranya sendiri. Kita harus sentiasa mencari jalan dan kaedah bagaimana untuk menyampaikan sesuatu perkara kepada masyarakat, biarpun tidak berjaya tetapi ia tetap berbaloi kerana kita telah berusaha dan sebaliknya jika kita tidak berusaha untuk memberitahu kita dikategorikan sebagai pentingkan diri. 

             Dan persoalan 2. Mengapa masih ramai yang berjuang untuk bangsa tetapi tidak pada agama. Sekiranya bangsa lain mengusul idea atau pendapat yang baik apa tidaknya kita ambil, selagi mana ia tidak merugikan dan merosakkan akidah agama islam dan Negara. Dengan sikap sebegini kita dapat menarik bangsa lain untuk turut sama dalam agama islam. Mengapa kita tidak mengajak bangsa lain untuk turut sama dalam islam atau pemerintahan islam seta bekerjasama menuntut keadilan rakyat. Jika dilihat pada agama islam, bangsa tidak ditekankan kerana agama islam adalah agama yang menyeluruh tidak kira apa bangsa sekali pun islam tetap sama dan sempurna. ‘Nabi Muhammad mengatakan Aku tidak suka dan benci kepada siapa yang berjuang dan mati untuk bangsa tetapi bukan berjuang dan mati untuk agama’. Jadi dapatlah kita ambil kesimpulan dari kata2 Nabi Muhammad bahawa perjuangan untuk bangsa harus dilupuskan dan yang paling penting kita sama-sama tarik dan tunjukkan agama islam adalah agama yang terbaik dan sempurna dalam semua bidang.

Rentetan Himpunan Bersih 2.0


Salam perjuangan sahabat2. Peristiwa himpunan terbesar di Malaysia iaitu Perhimpunan Bersih 2.0 telah dan semakin tidak kedengaran lagi, sebelum terjadinya demontrasi ini, media2 sibuk memutar dan menyiarkan berita2 mengenai demontrasi ini ada yang memfitnah dan ada yang menggalakkan untuk orang ramai turun menutut sebuah pilihanraya yang adil dan bersih tanpa ada unsur-unsur penipuan. Demontrasi ini turut meresahkan pelbagai pihak terutama pihak Pentadbir Negara, kementerian dalam negeri terpaksa menggunakan beribu2 pihak keselamatan terutamanya pihak Polis bagi menghalang dan mengekang demontrasi ini. 

       Kata presiden perhimpunan bersih S. Ambiga bahawa perhimpunan ini bukan untuk menjatuhkan perdana menteri, bukan kepentingan sesebuah parti politik, bukan untuk mememecah belahkan masyarakat dan bukan kepentingan peribadi, perhimpunan ini semata-mata untuk menuntut hak bersuara rakyat dan hak untuk rakyat memastikan keadilan dalam pilihanraya.

       Tetapi perhimpunan ini terbantut dan tidak berjalan seperti yang dirancang, pihak keselamatan terlebih dahulu membuat perancangan menggagalkan perhimpunan ini. Lebih seribu empat ratus orang telah ditangkap dan dikenakan perintah tahanan sehingga selesai perhimpunan tersebut, mereka juga menggunakan bom pemedih mata dan air bagi menyuraikan perhimpunan tersebut. Dianggarkan lebih lima puluh ribu turun membanjiri Kuala Lumpur termasuklah kaum cina, india dan majoritinya kaum melayu. Ramai pimpinan–pimpinan telah ditangkap dan memorandum yang hendak disampaikan kepada Tuanku tidak dapat diserahkan, tetapi sekurang-kurangnya pihak Pentadbir tahu akan hasrat rakyatnya dan kesungguhan untuk menuntut keadilan.


Sabtu, 25 Jun 2011

Himpunan Untuk Apa










 


Salam Sahabat2. Sekarang ini heboh diradio, televisyen, surat khabar , bloger2 dan majalah2 sibuk mengutarakan dan mengeluarkan kenyataan  tentang Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada pada 9 Julai ini, yang menuntut pihak SPR mengadakan pilihan raya lebih adil dan telus pada PRU-13. Ada pihak yang menyokong dan ada pihak yang menentang malah ada pihak sanggup membuat ugutan dan laporan polis agar himpunan ini dibatalkan. Kalau dilihat Himpunan seperti ini tidak menyalahi undang-undang, sekiranya himpunan ini berlaku secara aman dan tenteram tanpa menimbulkan kekecohan dan pergaduhan serta tidak merosakkan harta benda awam.  

Himpunan ini dijalankan semata-mata untuk menuntut rasa ketidakpuasan hati rakyat kepada Pentadbiran Negara, rakyat berhak untuk menuntut dan menyuarakan hak-hak mereka. Kadang-kadang pihak pentadbir  mungkin tidak mengetahui atau perasan mengapa rakyat keluar bertindak sedemikian kerana pihak pentadbir tidak mengalami  dan mengetahui nasib rakyatnya , oleh itu pihak  pentadbir harus menerima dan  menilai apa yang menyebabkan rakyat bertindak untuk mengadakan himpunan. Sebagai contoh rakyat  Negara Mesir, Tunisia, Syria dan Negara Barat kebanyakkannya  mengadakan himpunan bagi menyuarakan rasa ketidakpuasan  mereka dan mereka berjaya memberitahu kepada Pihak Pentadbir akan keadaan mereka. Pentadbir Negara akan disanjung dan dihormati sekiranya, mereka menerima dan mendengar suara rakyatnya.

Mana Yang Kita Mahu

 








Salam Sahabat2. Perjuangan menegakkan agama islam adalah tuntutan dan kewajipan kepada semua penganutnya biar dalam keadaan lemah ataupun keadaan kuat, sakit ataupun sihat, tua ataupun muda, bergantung kepada keupayaan dan cabang perjuangan masing-masing asalkan matlamatnya selari dengan membantu menegakkan agama islam. Alangkah rugi dan malu, sekiranya kita tidak dapat menyumbang apa-apa untuk menegakkan agama islam. Siapa lagi yang mahu membela dan menjaga agama islam kalau bukan penganutnya sendiri, adakah kita sanggup melihat agama islam, Nabi dan Al-Quran kita dikutuk dan dipermainkan. 

Selama 23 tahun Nabi Muhammad berusaha memperjuangkan agama islam tanpa mengenal ancaman yang diterima, beliau turut dihina, dikutuk, dipulau, diugut dan hampir dibunuh.  Begitu juga pada zaman sahabat. Mereka sentiasa menghadapi penekanan dan kezaliman, tetapi selagi mana tuntutan dan amanah masih lagi tidak ditunaikan selagi itulah perjuangan untuk membangunkan syiar islam harus diteruskan. Biarpun seringkali ditindas (Gaza, Palestin) asalkan keredhoaan Allah swt sentiasa bersama dibandingkan dengan hidup aman (?) tetapi keredoaan Allah swt  tidak ada, yang mana kita perlukan? Ingat sahabat2 kita masih ada 2 alam lagi menanti iaitu alam barzah dan alam akhirat. Alam dunia ini hanya pinjaman dan sementara, alam dunia sebagai ujian betulkah keyakinan, kepercayaan dan kata2 mengaku keEsaan kepada Allah swt semata-mata.

Ayuh bangkit dan berusaha serta tanamkan niat untuk turut serta menjadi penyambung tugas yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammmad SAW, sahabat2 dan alim ulamak serta  perlu bercita-cita untuk membantu gerakan dan perjuangan islam yang kini banyak menghadapi penekanan dan penindasan disamping memperbaiki amal ibadah yang berkualiti dan meningkatkan kehadiran majlis pengajian ilmu.

Isnin, 6 Jun 2011

Coretan Dari Seberang
















Salam Sahabat-sahabat, geli hati kalau difikirkan. Wak seorang rakyat Indonesia yang berhijrah ke Malaysia (Baling, Kedah) untuk mencari rezeki sebagai seorang petani. hampir 21 tahun dia menetap di Malaysia. Pada suatu hari,  semasa  dia mengusahakan tanaman pokok cabai, pokok cabainya berkembang biak dengan baik dan mengeluarkan hasil yang banyak buat kali pertama. Keadaan itu mengundang ulat-ulat untuk datang  merosakkan tanamannya, nasib baik dia mengetahui hal tersebut kerana sudah menjadi rutin harian wak untuk memeriksa tanamannya itu agar sentiasa sihat dan mengeluarkan hasil yang berkualiti. 

Apabila dia mengetahui bahawa ulat datang merosakkan cabainya dia segera meminta sahabatnya man pergi membeli racun ulat bagi membunuh ulat tersebut, lalu tanpa berlengah man terus pergi membeli racun ulat tersebut. Sesampai di kedai Ah Chong, Man terus meminta kepada Ah Chong akan racun tersebut. Lalu man terus bergegas balik dan menyerahkan racun itu kepada wak , wak terus membancuh racun itu dan memulakan proses membunuh semua ulat-ulat itu. Setelah selesai wak membelik-belik pada kulit botol racun itu, Alangkah terkejutnya wak apabila mendapati bahawa racun tersebut bukan racun ulat tetapi ia adalah racun pokok cabai. Aduh!!!!!!!!!!!! kenapa bisa jadi begini, keluh wak. 

Keesok harinya semua pokok cabainya dan ulat-ulat semuanya  menjadi layu dan kering, selang beberapa hari semua tanamannya mati. Wak merasa amat sedih dan kecewa, lalu dia merajuk dan tidak mahu melihat tanamannya hampir sebulan. Tanpa disedari semua kelengkapan di projek tanamannya sudah tiada kerana telah diambil pencuri termasuklah cangkul, batang paip, baja dan tong Dram. Apabila wak datang semula ke kebun tanamannya sekali wak dikejutkan dengan kehilangan barang-barang kelengkapan untuk tanamannya. Aduh!!!!!!!!!!!!! Sekali lagi wak mengeluh. wak mengambil keputusan untuk berhenti dari mengusahakan cabai, dia beralih arah untuk menorah getah. 

Setelah mengenalpasti pokok dan tuan pokok yang akan ditoreh, Wak dengan bersemangat terus memulakan tugas barunya. setelah  tiga hari pokok getahnya ditoreh, dia bercita-cita untuk mengutip getah skrapnya pada keesokan hari.  Tiba pada esok hari dia mendapati semua skrapnya hilang kerana sudah dikutip oleh pencuri. Aik!! aku yang  toreh orang lain yang bisa kutip, kata wak. tetapi wak tidak kecewa dia terus menoreh lagi, perkara yang sama berulang lagi sekali lagi skrap wak dicuri. 

wak tidak pernah mengeluh dan sentiasa bersabar dengan apa yang menimba dirinya. wak seorang yang betul-betul yakin dengan qodo dan qodar Allah  SWT. Keyakinan dan kepercayaan yang tinggi  atas ketentuan yang Esa membuatkan segala pekerjaannya berjaya sehingga sekarang. Walaupun berada di negeri orang wak dapat hidup senang dan membina keluarganya sendiri dengan baik. Akidah yang kukuh dan kuat menjadikan seseorang itu dapat berdiri sendiri tanpa bantuan orang lain, dengan hanya mengharapakan pertolongan penuh dari yang Esa. Wahai orang-orang beriman yakin dan percayalah bahawa yang memberi bekas hanyalah Allah SWT, kita hanya harus berusaha dan terus berdoa.



Ahad, 8 Mei 2011

Mati Syahid Hidup Mulia













Salam perjuangan sahabat2. Perginya Seorang pejuang Islam. Setelah diburu bertahun-tahun, Osama bin Laden akhirnya mati dalam serangan oleh pasukan KOMANDO SEAL, AS di Pakistan. Peristiwa pembunuhan seorang pejuang islam yang dikehendaki oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat akhirnya menemui syahid dirumahnya sekitar pukul 1 tengah hari 2 Mei 2011 (waktu Pakistan) selepas ditembak di kepala dan dada dalam satu operasi serbuan selama 40 minit di Abbotadab,Pakistan hari Isnin. Satu kejayaan yang manis dan agung untuk Osama bin Laden kerana memperolehi mati syahid, mati yang diidam-idamkan oleh semua pejuang2 islam.

Pembunuhan tanpa belas kasihan menimbulkan kemarahan ummat islam seluruh dunia. Ditambahkan lagi mayat Osama Bin Laden dikatakan dibuang ke laut. Pihak berkuasa AS menuduh pemimpin no. 1 Al-Qaeda ini  sebagai dalang operasi serangan 11 september 2004, berikutan serangan pesawat terhadap Pusat Perdagangan Dunia di New York dan Pentagon yang dilaporkan menyebabkan 3,000 terkorban.
Kelompok Hamas mengutuk pembunuhan pemimpin jaringan teroris Al-Qaeda itu. "Kami menganggap ini sebagai kelanjutan kebijaksanaan AS yang didasarkan pada penekanan dan pertumpahan darah muslim dan Arab," cetus Ismail Haniyeh, pimpinan pemerintahan Hamas di Jalur Gaza .

As menuduh pejuang Islam ini sebagai  pengganas yang paling berbahaya, tetapi sebenarnya mereka yang harus digelar sebagai pengganas dunia. Siri pencerobohan di Afganistan dan Iraq, tanpa rasa simpati membunuh dan menindas ummat orang islam terutama kanak-kanak, wanita dan golongan tua serta pembekalan kelengkapan perang dan senjata api untuk Israel dan sekutunya bagi memerangi ummat islam di seluruh dunia dan Palestin terutamanya. Merosakan bangunan2, rumah dan masjid2. Bertepatan dengan hadis nabi bahawa Islam akan ditentang sampai bila-bila.

Sedarlah wahai ummat islam bangun dan perkemaskan diri, terutamanya dari aspek akidah supaya ummat islam terus maju dan berdaya saing mengumpulkan kuasa  menentang kezaliman yang sudah sekian lama menindas dan merobohkan kekuatan ummat islam. Jadilah ummat yang berkualiti dan istiqomah bergerak kerja membantu kemenangan untuk dunia islam agar kembali bersinar.