Salam Perjuangan. Alhamdulillah
masih diberi peluang untuk mengucapkan syukur kepada tuan empunya alam dan menikmati
kehidupan dunia yang serba mencabar keimanan. Tanpa taufik dan inayahNya
nescaya manusia itu akan terus terleka dibuai dengan kenikmatan dunia dan
pengaruh Syaitan Laknatullah.
Kesempatan menyambut Hari Raya
Aidil Adha 1433H kali ini cukup berbeza, apatah lagi beraya di perantauan
sekali sekala teringat kampung halaman ketika terdengar laungan takbir raya
berkumandang. Jika mahu dibandingkan dengan pengorbanan Nabi Ibrahim a.s untuk
mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s atas perintah Allah swt amatlah jauh sekali, kisah inilah yang
menjadi kesinambungan untuk menuntut semua orang islam yang berkemampuan untuk menjalankan
ibadah korban sempena Aidil Adha.
Pengorbanan yang dituntut oleh
Allah swt ini akan dibalas kelak dengan syurgaNya dan yang pastinya usaha ini
harus diiringi dengan keikhlasan serta ketaqwaan kepadaNya. Dalam kesibukkan
orang islam menyambut Aidil Adha ,saudara2 seagama kita juga turut sibuk
berperang dan berjuang menentang kezaliman antaranya yang berlaku ketika ini di
Syria, Myammar dan Palestin. Saban
hari mereka sering terbau dengan darah dan bangkai apabila ramai dikalangan
mereka yang dibunuh, ditembak, dibakar, disembelih,
dirogol, dihalau, diseksa dan pelbagai
lagi bentuk kezaliman yang dikenakan keatas mereka oleh puak2 Kafir. Beribu2
orang islam dikhabarkan terbunuh dan kehilangan tempat tinggal dibumi sendiri.
Ketika dulu mereka tidak merasai
suasana saudara2 seagama berjuang di Palestin, Iraq, afganistan, Selatan Thailand
dan Filipina. Tetapi sekarang mereka turut merasai keperitan dan pengorbanan
pejuang2 islam untuk mempertahankan Negara
dan agama. Orang islam harus terus bersiap siaga untuk berjuang kerana bila2
masa musuh akan mengambil peluang menyerang, Malaysia pun tidak ketinggalan
untuk diserang jadi persediaan harus dibuat bermula sekarang.
Sedih hati bila terkenangkan
keadaan saudara2 yang telah pergi, kanak2 dan kaum wanita khususnya menjadi
mangsa serangan yang tidak berperi kemanusiaan. Pemimpin2 dunia terus mendiamkan diri tanpa memikirkan
nasib yang akan terus menimpa rakyatnya, apa yang dikesali pemimpin2 islam terus
tertunduk diam untuk tidak membela masa depan saudara seagamanya. ‘Ya Allah
Selamatkan saudara2ku yang sedang berjuang Syria, Myammar dan Palestin’. Kami
hanya mampu berdoa dan menyumbang derma yang terlalu sedikit, ingatlah biarpun
bermandi darah dan keringat usaha saudara2 untuk mendaulatkan syiar islam akan
dibayar diakhirat kelak. Bangkitlah wahai semua Pemuda islam tinggalkan maksiat tingkatkan taqwa.